Sunday, August 30, 2009

Umat Islam Tingkatkan Persafahaman Dan Kerjasama


SUMBNGAN...Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Kamarlin menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid Melalia Jaafar Jalaf di majlis tersebut

SUMBANGAN...Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Kamarlin menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau Kampung Naparan Suhaili Matusin di majlis tersebut.
SIPITANG: Umat Islam disaran agar menjadikan bulan Ramadan bagi memperkukuh dan mempertingkatkan persefahaman serta kerjasama yang sedia ada.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata Ramadan bukan halangan kepada umat Islam terus bersatu, bekerjasama dan sepakat.
“Inilah masa untuk kita sebagai umat Islam memperlihatkan kasih sayang sesama sendiri...persefahaman serta kerjasama yang kukuh akan meletakkan umat Islam terus ke tahap yang membanggakan,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama AJK umno Sipitang dan penyampaian sumbangan berbuka puasa bagi surau serta masjid bagi daerah sini.
Sebanyak 10 buah masjid dan 24 surau menerima sumbangan daripada Sapawi dan juga wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang.
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Timbalan Ketua Umno Bahagian Sipitang Kamarlin Haji Ombi, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah dan Ketua Polis Sipitang DSP Jamaludin Ali.
Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata ketika ini umat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran getir yang memerlukan persefahaman dan kerjasama untuk menghadapinya.
Sambil melahirkan rasa sedih dengan keadaan sebilangan umat Islam ketika ini yang suka kepada perpecahan, Sapawi memberitahu nilai kasih sayang yang tinggi mampu membawa umat Islam untuk mengelak daripada bersikap sedemikian.
“Sering kita membaca dan mendengar mengenai pertelingkahan di kalangan umat Islam...perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia memperlihatkan kelemahan di kalangan kita sendiri.
“Pertelagahan dan perpecahan hanya merugikan umat Islam dan kita seharusnya mengelak daripada perkara ini berterusan,” katanya dan menambah kekuatan dengan membinanya menerusi persefahaman dan kerjasama akan dapat mengangkat umat Islam sendiri.
Beliau berharap persefahaman dan kerjasama yang dijalinkan hendaklah dipastikan berpanjangan dan bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja.


Share |