Wednesday, November 4, 2009

Sapawi Lawat Enam Penduduk Kampung


Sapawi dan Kamarlin menziarahi Haji Zahari Bin Haji Mattahir, 100, yang sakit tua di rumahnya, Kampung Nusong, Beaufort


Sapawi dan Kamarlin bersama rombongan berbual mesra dengan Siti Jinap Binti Sansi, 67, ketika berkunjung di rumah beliau di Kampung Lawa, Beaufort.


PEMIMPIN PRIHATIN…Dalam kesibukan menghadiri persidangan parlimen di Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk turun ke kawasan dengan menziarahi enam buah rumah di mana ada ahli keluarganya yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan.baru-baru ini.
Sapawi yang juga Ketua Umno Sipitang turut ditemani oleh wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi bersama rombongan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Sipitang yang di ketuai oleh naibnya Matbali Musah turut menyampaikan sumbangan pribadi dan hamper pada kunjungan itu.
Sapawi dan Kamarlin juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Haji Lokin Mat Tahir dan Salat Binti Murat yang meninggal dunia kelmarin.
Share |