Sunday, December 6, 2009

Sapawi Cadang OUM buka Pusat Pembelajaran Di Sipitang




SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad mencadangkan agar pusat pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di daerah ini.
Cadangan itu dikemukakan kepada pihak pengurusan OUM ketika beliau merasmikan penutupan program EDOSH Kumpulan 1 OUM di Sabah Forest Industeris Motel di sini malam kelmarin.
Sapawi berkata pembukaan pusat pembelajaran itu penting bagi memberikan kemudahan kepada mereka yang berminat untuk meneruskan pelajaran.
“Kedudukan Sipitang amat sesuai kerana ia berdekatan dengan Tenom, Beaufort, Kimanis dan juga beberapa daerah di Sarawak,” katanya dan menambah pembukaan pusat pembelajaran setempat itu pasti akan mendapat sambutan.
Menurutnya antara lain tujuan cadangan itu adalah disebabkan jarak dari daerah itu untuk ke Kota Kinabalu agak jauh.
Katanya pembukaan pusat itu nanti akan memudahkan mereka yang sedang mengikuti pembelajaran di universiti itu selain menarik minat mereka yang mahu meneruskan pelajaran.
Cadangan pusat pembelajaran setempat OUM boleh diambil perhatian sewajarnya memenadangkan sabah negeri ke-2 selepas Lembah Kelang Selangor jumlah penuntut yang ramai, katanya.
Pada ketika ini, pelajar EDOSH kumpulan 1 dari Sipitang ialah seramai 27 orang telah tamat pengajian.
Dalam pada itu Sapawi mengucapkan tahniah atas kotmited dan motivasi yg tinggi untuk Berjaya mencapai pendidikan yang tinggi.
Menurutnya bukan mudah untuk belajar sambil bekerja dan ia menuntut komitmen yang tinggi.
“Usaha itu diharap dijadikan dorongan kepada generasi muda khususnya pelajar untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Beliau juga memberitahu Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang sentiasa memberi perhatian utama kepada pembangunan pendidikan.
Katanya pelbagai kemudahan dilakukan bagi memastikan rakyat menikmati pendidikan tersebut.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah wakil rakyat sindumin Ahmad Bujang, Naib Presiden OUM Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pengurusan Sumber Manusia Repin Ibrahim, Naib Presiden Pengurusan SFI Dr. Ashok Kumar, Wakil Pejabat daerah Sipitang Zulkeflee Ahmad dan wakil pelajar EDOSH Monica Damong.

a) CERIA…sapawi dan Ahmad merakamkan kenangan bersama-sama pelajar OUM EDOSH Kumpulan 1 daripada Sipitang yang telah tamat pengajian di majlis tersebut.
b) DIHARGAI…Sapawi menerima cenderakenangan daripada Naib Presiden OUM Repin Ibrahim di majlis tersebut.
c) KENANGAN…Sapawi menerima cenderakenangan daripada wakil pelajar OUM EDOSH Monica Damong
Share |