Tuesday, December 1, 2009

Tinjau Rumah Usang


TINJAU...Sapawi meninjau rumah usang Hassan Aziz, 38 dan Isteri Dewi Mohd Aziz, bersama dua orang anak yang masih bersekolah Tahun 3 dan 5 di Kampung Lubok Darat, Weston, Beaufort

BERJIWA RAKYAT…Sapawi meninjau rumah using yang didiami oleh Wasli Tapa, 68, dan isteri Dayang Amit Salmah,58, mempunyai lapan orang anak bekerja sebagai nelayan di Kampung Lubok Weston.


WESTON: Masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak akan dibiarkan sebaliknya akan dibantu untuk diatasi.


Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kemudahan prasarana dan sebagainya akan dipastikan mampu dinikmati oleh rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional yang ditunggaki oleh Umno adalah kerajaan yang telus dan sentiasa memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat secara menyeluruh," katanya ketika ditemui selepas melawat dan meninjau tiga buah rumah usang di sini kelmarin.

Pada lawatan dan tinjauan itu, Sapawi menghabiskan masa selama empat jam bagi melihat serta mendengar masalah yang dihadapi.

Mengenai rumah usang itu, beliau berkata usaha akan dilakukan bagi membantu tuan rumah tersebut.

"Sasaran dan matlamat kita ialah membantu mereka menikmati tempat tinggal yang selesa...kita akan berusaha ke arah itu," katanya lagi.


Share |