Saturday, February 13, 2010

Usahawan Muda




SOKONGAN…Usaha dan kesungguhan Basis Maskita di Kampung Lumadan Jaya Baru dalam bidang perniagaan mendapat pujian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi.

Sapawi menyifatkan usaha yang dilakukan oleh Basis yang menceburi perniagaan membuat pagar dan tiang simen wajar dicontohi oleh generasi muda yang lain.

“Basis merupakan usahawan muda yang mampu memprolehi pendapatan RM10 ribu sebulan dan beliau telah membuktikan kejayaan mampu dicapai menerusi usaha yang gigih dan penuh kesungguhan,” katanya yang mengunjungi Basis di Kampung Lumadan Jaya Baru, Beaufort kelmarin.

Sapawi dan Kamarlin menghabiskan masa selama sejam pada kunjungan tersebut melahirkan keyakinan bahawa Basis mampu melangkah lebih jauh.

Kelihatan Sapawi dan Kamarlin bersama rombongan sedang memerhatikan salah seorang rakan kongsi Basis iaitu Mohd Hafiz Hamizan menujukkan cara membuat tiang simen sempenan lawatan tersebut.


Share |