Monday, May 10, 2010

KRT Kampung Suasa




BEAUFORT: “Rebut peluang daripada perancangan projek kerajaan yang bakal dilaksana.”

Gesaan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad itu merujuk kepada pembinaan terminal minyak dan gas di Sipitang yang akan dilaksanakan.

“Projek itu memberi kesan positif kepada rakyat khususnya di luar bandar...selain membuka peluang pekerjaan ia juga mampu meningkatkan sumber ekonomi setempat,” katanya pada majlis makan malam KRT Kampung Suasa dekat ini kelmarin.

Pembinaan terminal minyak dan gas itu bakal dilaksanakan di kawasan Kampung Banting Sipitang.

Sipitang ketika ini sudah memiliki kilang Sabah Forest Industry (SFI) yang bernilai RM2 bilion dengan tiga ribu orang pekerja.

Sapawi berkata pembinaan terminal itu nanti pasti memerlukan tenaga pekerja yang ramai selain membuka peluang-peluang perniagaan kepada rakyat bagi meningkatkan sumber pendapatan masing-masing.

Pembinaan terminal minyak dan gas Sabah (SGOT) itu diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman baru-baru ini di mana ianya dilaksanakan di Kimanis dan juga Sipitang dengan keluasaan tanah 800 hektar disediakan oleh kerajaan bagi membangunkan industri minyak dan gas.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana turut memberi peluang kepada rakyat di Sipitang, Sapawi berkata, pengumuman itu merupakan berita yang menggembirakan.

“Rakyat di Sipitang menyambut baik dan gembira dengan pengumuman itu kerana ia memberi kesan positif terhadap pembangunan ekonomi,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau menegaskan peluang yang ada hasil daripada pelaksanaan projek itu hendaklah dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Katanya rakyat harus tidak mengambil sikap berdiam dan membiarkan sahaja peluang itu tanpa mahu melibatkan diri.

“Rakyat keseluruhannya termasuklah kontraktor bumiputera perlu mengambil peluang seumpama ini,” katanya dan menambah pelaksanaan projek tersebut membuktikan ketelusan dan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pelbagai kaum dan agama


Share |