SUMBANGAN…Sapawi bersama Ahmad menyampaikan sumbangan krismas kepada Pengerusi Gereja Yesus Benar, Pekiak, Sipitang Ansibul.
DIHARGAI…Sapawi menerima cenderakenangan kepada wakil gereja kawasan Sindumin Geogre Balang di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi bersama Ahmad menyampaikan sumbangan krismas kepada Pengerusi Majlis Gereja SIB Kampung Bahagia, Sipitang Balang Tangan.
SIPITANG: Persefahaman dan perpaduan kaum membolehkan rakyat negara ini meraikan perayaan masing-masing dengan selesa dan harmoni.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat negara ini tidak perlu merasa bimbang untuk meraikan perayaan keagamaan masing-masing.
“Rakyat negara ini mengutamakan keharmonian dan mahu terus menikmati kemakmuran dan inilah yang mendorong kita untuk memperkukuhkan persefahaman serta perpaduan yang ada,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Krismas kepada Ketua-Ketua Gereja Pastor dan Diakon kawasan Sindumin di Mini Dewan Perpustakaan Sipitang.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Pembangunan Masyarakat Sindumin Richard Kamatan dan Wakil Gereja Sipitang Geogre Libat serta sebanyak 39 buah gereja kawasan Dun Sindumin menerima sumbangan krismas
Sapawi berkata persefahaman dan perpaduan itulah juga yang membolehkan rakyat tanpa mengira anutan agama turut sama-sama meraikan perayaan yang disambut.
Katanya keunikkan dan keistimewaan yang dimiliki oleh rakyat negara ini tidak dinikmati oleh rakyat negara lain.
“Semua ini adalah kerana kepimpinan negara dan kita sebagai rakyat Malaysia mahukan keharmonian dan kemakmuran yang berterusan,” katanya lagi.
Sambil mengucapkan selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua penganut agama Kristian khususnya di Parlimen P.178 Sipitang, Sapawi melahirkan harapan agar sambutan perayaan itu memperkukuhkan dan mempermantapkan persefahaman serta perpaduan yang ada.
Beliau berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmati yang dirasai dan wajar memastikannya terus berkekalan serta berpanjangan sambil menambah golongan gereja berperanan mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum dan menolak golongan ekstrem.
Katanya rakyat perlu menolak segala anasir-anasir yang cuba memusnahkan segala keharmonian serta keselesaan yang dinikmati.
“Kita perlu sedar dalam menikmati keharmonian, kemakmuran dan keselesaan itu, ada pihak tertentu cuba melaga-lagakan kita sesame sendiri…perkara inilah yang harus kita sedari dan harus kita tolak dan halang,” katanya lagi.