Saturday, January 15, 2011

Kenduri Kampung Sabah FM Di Kampung Ulu Sipitang



SIPITANG: Pelbagai acara bakal diadakan sempena program kenduri kampung dalam usaha mendekatkan Sabah FM dengan penduduk setempat akhir bulan ini.

Program Kenduri kampung Sabah FM di Kampung Ulu Sipitang pada 29-30 Januari ini dianjurkan bersama dengan Pejabat Pusat Ahli Parlimen Sipitang dan Pejabat Daerah Sipitang.

“Matlamat kita ialah membantu memperkenalkan dan mendekatkan Sabah FM dengan penduduk setempat,” kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad di sini kelmarin.

Sebelum itu Sapawi mempengerusikan mesyuarat program itu di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sipitang.

Sapawi memberitahu antara acara tersebut termasuklah sukan tradisi, persembahan kebudayaan, makanan tradisi dan sebagainya.

Beliau berkata majlis perasmian program itu diadakan pada petang 30 Januari dan orang ramai adalah dijemput untuk hadir.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Penolong Pegawai daerah Sipitang Matlin Dullah, Penolong Pegawai Pembangunan daerah Sipitang Dzulkefle Ahmad, Pegawai Ekskuatif Majlis Daerah Sipitang Sabri Mohd Noh, Pengurus Sabah Sabah FM Malinaziah Julaspi, Penolong Pengurus Sabah FM Cuzna Yusof, Penolong Jurutera Saiaran Luar badran Durasik, Penerbit Penyelaras ‘Geng Bubut’ Florence John Luan dan Pengelola Persembahan Mohd Rasol mat Seman,

CERIA…Sapawi sedang mempengerusikan mesyuarat kenduri kampung Sabah FM.

Share |