Friday, October 7, 2011

Serah Zink



KUNJUNGAN BERMAKNA…HAJI Mohd Haji Omar menerima kejutan apabila dikunjungi Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad di kediamannya di Pekan Weston, petang kelmarin.

Kehadiran Sapawi yang ditemani oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Umno Zon Weston Ismail Kambar dan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Sipitang Muanam Mujiarto itu turut memberikan makna kepada Mohd sekeluarga.

Ketua Umno Sipitang itu bukan sekadar melihat keuzuran rumah yang didiami oleh Mohd sekeluarga tetapi turut menunaikan permohonan Haji Mohd yang meminta bantuan zink .

Selain menunaikan permohonan itu, Sapawi turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd.

Sehubungan dengan itu Sapawi menggesa Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) peka dengan masalah di kawasan masing-masing dan mengemukakannya kepada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan masing-masing.

“Perkara ini penting bagi membolehkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya dan bersifat segera,” katanya.

Kelihatan Sapawi menyampaikan zink kepada Mohd semasa kenjungan tersebut.



Share |