Monday, October 17, 2011

Tinjua Projek Naiktaraf Jalan Rampangan Sungkadan, Beaufort.



UNTUK RAKYAT…Sapawi mendengar taklimat daripada Shamsul (kanan) dan Wong semasa meninjau jalan Rampangan Sungkadan yang akan dinaiktaraf dalam terdekat ini.

BEAUFORT: Seperti yang dijanjikan, impian penduduk di lima buah kampung di Beaufort bakal tertunai meskipun projek menaiktaraf jalan Rampangan Sungkadan akan dimulakan tidak lama lagi.

Lima buah kampung terbabit termasuklah Kampung Sungkadan, Kampung Nyambung, Kampung Baniat, Kampung Labi dan Kampung Bingking sebelum ini telah dimaklumkan mengenai usaha yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bagi melakukan perubahan terhadap jalan raya tersebut.

Jalan perhubungan lima buah kampung itu yang riosak teruk mendapat perhatian daripada Sapawi menerusi Ziarah Ahli Parlimen dan kelmarin Sapawi bersama-sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Tien yang juga disertai oleh Jurutera Projek Jalan Raya Jabatan Kerja Raya Kota Kinabalu Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid , Jutera Daerah Beaufort Wong Kee Son, Jutera Beaufort Mohd Ardy Saidin, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sipitang Zulkefli Ahmad meninjau jalan raya tersebut.

Projek tersebut akan bermula tidak lama lagi dan Sapawi berkata “ia janji Barisan Nasional untuk rakyat.”

Katanya BN bukan berjanji kosong dan setiap apa yang dijanjikan pasti akan dilaksanakan mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.

Projek menaiktaraf Jalan Rampangan Sungkadan adalah sejauh 8.42 KM dengan harga RM10 juta.




Share |