Tuesday, November 8, 2011

Konvokesyen Pra Sekolah Sipitang



CERIA….Sebahagian pelajar pra sekolah yang hadir pada konvokesyen pra sekolah peringkat Sipitang
TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Adnan dan Asli menyampaikan sijil kepada Adilla bte Abd Rahman pelajar pra sekolah cemerlang daripada Sekolah Kebangsaan Lubok Darat.
BAKAT…Pelajar pra sekolah menunjukkan kebolehan membaca dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, English dan Cina.


SIPITANG: Pembangunan dan kemajuan pendidikan di negeri ini tidak pernah diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Perlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang berkeupayaan dan berkemampuan.

Beliau berkta pembangunan dan kemajuan pendidikan termasuklah di negeri ini akan terus menjadi keutaman.

“Pendidikan tetap menjadi agenda utama kepada kerajaan dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan pendidikan.

“Usaha ini termasuk menaiktaraf dan menambahkan lagi kemudahan pasarana pendidikan selain kerajaan turut berusaha memastikan tiada lagi yang tercicir dalam menikmati pendidikan.” Katanya pada konvokesyen kanak-kanak pra sekolah peringkat daerah disini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai daerah Sipitang Latip Ahmad, Wakil pegawai Pelajaran Sipitang Adnan Othman, Pemimpin Kemajuan Rakyat Abdul rahman Mohd Noh dan pengerusi Majlis Guru-Guru Besar Sipitang Asli Moksin.

Sapawi berkata pelbagai kemudahan pendidikan telah diberikan bagi memastikan setiap generasi dapat mengikuti persekolahan.

Bagaimanapun Sapawi berkata segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tidak bermakna jika ibu bapa masih bersikap sambil lewa.

Menurutnya ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan. Katanya pihak sekolah sudah tentu berusaha dan memberi komitmen tinggi bagi memastikan pelajar berjaya dalam pendidikan.

“Tiada siapa mahu sekolah ketinggalan dalam pendidikan tetapi semua ini memerlukan sokongan daripada ibu bapa,”katanya lagi.

Katanya sokongan ibu bapa amat penting kerana ia menanam keazaman dan tekad kepada anak-anak tidak berjaya dalam pendidikan.

Sambil memuji konvokesyen yang menyatukan semua pra sekolah di Sipitang. Sapawi berkata ibu bapa perlu turut melihat pendidikan pra sekolah sebagai pendidikan penting untuk anak-anak mereka.

Menurutnya pada peringkat inilah anak-anak ditanamkan semangat cintakan pendidikan.

Beliau berkata usaha menanm semangat cintakan pendidikan perlu bermula pada peringkat awal.

Seramai 321 murid pra sekolah daripada 23 sekolah menerima sijil pada konvokesyen tersebut.




Share |