Saturday, January 28, 2012

Maybank Sipitang


Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menerima cenderakenangan daripada Pemangku Pengurus Maybank Sipitang Patrik Angkui sempena kunjungan tersebut.

DIHARGAI…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Adun Sindumin Ahmad Bujang meluangkan masa meninjau kaunter khas yang di buka oleh Maybank Sipitang untuk urusan pembayaran baucer bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada pagi kelmarin.

Sapawi melahirkan rasa puashati dengan pengurusan dan kerjasama Maybank Sipitang dalam kelancaran pembayaran baucer BR1M di kawasan Parlimen Sipitang.

Hadir sama pada tinjuan tersebut termasuklah Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, pemangku Pengurus Maybank Sipitang Patrik Angkui, Ketua Pemantauan Operasi Maybank Wilayah Sabah dan Labuan Tec Chung H.L, Ketua Sokongan Perniagaan Maybank Wilayah Sabah dan Labuan Dayang Dewi, Pengurus Cawangan Maybank Sipitang Brendina R. Jungkim.

Muatturun Borang Permohonan BR1M Di Sini

Laporan Oleh : Mohd Dzul Mohd Kassim



Share |