Sunday, January 15, 2012

Meraikan Pasukan Futsal Parlimen P.178 Sipitang



SAGUHATI...Sapawi menyampaikan elaun saguhati kepada salah seorang pemain Futsal Parlimen Sipitang

SEMANGAT…Sapawi dan Ketua Kontinjen Parlimen Sipitang Awang Ramli Awang Said bersama pasukan Futsal Parlimen Sipitang merakamkan kenangan di majlis tersebut.

SERAH…Sapawi menyampaikan jersi kepada Ketua Pasukan Futsal Lelaki Parlimen Sipitang Mohd Fhaza Abdul Zateh dan Ketua Pasukan Futsal Wainta Parlimen Sipitang Dayang Surinah Abdul Karim di majlis tersebut.


SIPITANG: Kejayaan atau kejuaraan yang dicapai sudah tentu tidak akan bermakna jika imej daerah yang diwakili tercemar.

“Imej daerah yang diwakili amat penting untuk dijaga...memang kita mahukan kejayaan atau kejuaraan tetapi imej daerah tidak harus diketepikan,” kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan pasukan futsal yang mewakili Parlimen Sipitang ke Kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia peringkat kebangsaan di Kompleks Futsal 1 Malaysia, Putrajaya pada 17-23 Januari ini, di rumah rehat sini kelmarin.

Parlimen Sipitang mengemukakan dua pasukan iaitu pasukan futsal lelaki dan juga wanita ke kejohanan di Kuala Lumpur tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Kontinjen Parlimen Sipitang Awang Ramli Awang Said, Pegawai Pengiring merangkap Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Suhaili Matusin, Ketua Pasukan Futsal Lelaki Parlimen Sipitang Mohd Fhaza Abdul Zateh dan Ketua Pasukan Futsal wanita Parlimen Sipitang Dayang Surinah Abdul Karim serta 20 pemain yang terpilih mewakili Parlimen Sipitang.

Sapawi memberitahu disiplin setiap atlit bukan hanya ketika berada di gelenggang atau ketika menyarung jersi tetapi juga harus diperlihatkan ketika berada di luar gelenggang.

“Sama ada kita bermain atau tidak, disiplin haruslah diperlihatkan...biar kita mencapai kejayaan dengan disiplin yng tinggi dan ini akan turut mengharumkan nama Sipitang,” katanya lagi.

Pada majlis minum sepetang bersama pasukan futsal itu, Sapawi turut menasihatkan agar setiap pemin mematuhi arahan yang diberikan oleh jurulatih dan juga pegawai pasukan.

Katanya pasukan akan mencapai kejayaan apabila pemainnya menuruti apa yang diarahkan oleh jurulatih dan pegawai pasukan.

Sambil berharap pasukan itu akan mencapai kejayaan, Sapawi berkata kedua-dua pasukan Parlimen Sipitang itu mampu untuk bersaing.

“Kita mungkin bukan pasukan pilihan tetapi dengan disiplin yang tinggi dan semangat yang kuat, kita mampu memberikan saingan,” katanya lagi.



Share |