Friday, February 17, 2012

Baja Urea Jana Pendapatan Baru Negara





NAJIB (tengah) dan Musa (kiri) diberi taklimat oleh Wan Zulkiflee mengenai baja urea di Sipitang, Sabah semalam


SIPITANG, Sabah - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, industri hiliran minyak dan gas negara akan terus dimajukan kerana ia boleh menjana pendapatan negara yang lebih tinggi.

Sambil memberi contoh Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) Petronas, beliau berkata, penghasilan baja urea itu mampu memberikan nilai tambah dua kali ganda bagi eksport negara.

"Jika kita banding dengan kalau kita mengeksport gas asli mentah, kita kehilangan nilai tambah," katanya kepada pemberita selepas melaksanakan upacara pecah tanah bagi Projek Samur di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd. Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kira-kira 95 peratus pengeluaran kilang tersebut bakal dieksport.




Share |