Thursday, February 2, 2012

KPDNKK Sarawak Tutup, Rampas 19 Lagi Pam Minyak Tipu Sukatan




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak menutup dan merampas 19 lagi pam minyak di beberapa stesen minyak di sekitar bandar raya Miri dengan kos keseluruhan rampasan sekitar RM200,000.

Pengarah Pejabat KPDNKK Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, rampasan itu dibuat selepas kes pertama dikesan di sebuah stesen minyak yang terletak di Jalan Lutong pada 27 Januari lepas.

Bercakap kepada media ketika ditemui pada sesi Taklimat Program KPDNKK di sini semalam, beliau memberi-tahu bahawa pam-pam yang dirampas itu sudah diubah suai dengan antara selisihnya se-hingga 140 mililiter (ml).

“Maknanya jika pengguna mengepam minyak 10 liter, membayar untuk 10 liter minyak tetapi kuantiti minyak yang masuk ke dalam tangki motor hanya 8.6 liter,” jelasnya.

Mengenai tindakan diambil ke atas pengusaha stesen minyak terbabit beliau berkata, KPDNKK tidak dapat meng-ambil tindakan kerana mi-nyak petrol mahupun diesel bukan di bawah Akta Kawalan Bekalan sebaliknya Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Maknanya pesalah boleh didenda tetapi tidak boleh dikompaun… dendanya pun murah, minimum RM400 dan maksimum boleh mencecah ribuan ringgit tetapi pesalah boleh dipenjara selama dua tahun,” ujarnya.

Ekoran peningkatan kes penipuan seumpama itu Wan Ahmad berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan lebih agresif secara berterusan di semua stesen minyak di seluruh Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Metrologi Malaysia (MCM) yang bertanggungjawab terhadap timbang dan sukat.

Setakat ini tambahnya, kes penipuan itu hanya dikesan di Miri bukan kerana kurang-nya penguatkuasaan tetapi bahagian itu mencatatkan jumlah stesen minyak terba-nyak di negeri ini.

“Kami membuat pemeriksaan tag hijau pada alat sukat secara rutin sahaja bagi me-mastikannya sudah luput tarikh tetapi apabila pemeriksaan mengejut dilakukan kami mendapati walaupun tag itu belum luput tarikh, peng-ubahsuaian boleh dibuat.

Mengenai pemantau di sempadan negara oleh KPDNKK, beliau berkata, khidmat RELA hanya akan digunakan sekiranya penyeludupan bahan api ke negara jiran di-dapati serius.

Ketika ini katanya, keadaan di sempadan negara adalah terkawal memandangkan setakat ini hanya terdapat sebuah stesen minyak di negeri ini terletak di sempadan iaitu di Tebedu, Serian berban-ding situasi di utara Semenanjung Malaysia.

“Berdasarkan pemantauan kami, stesen minyak di Tebedu mencatatkan penggunaan bahan api yang paling sedikit.

“Cuma yang kami khuatiri ialah penyeludupan keluar menggunakan jalan-jalan tikus,” ujarnya.

Share |