Monday, February 20, 2012

Kursus Kepimpinan Akar Umbi BN Sabah


Ahmad diperhatikan oleh Sapawi dan Rahman menyampaikan sijil kepada salah seorang yang mewakili parti kompenan BN


SEMANGAT…Ahmad bersama Sapawi dan Rahman serta peserta krusus penuh semangat melaungkan ‘Hidup BN’ ketika majlis penutupan krusus tersebut.

TUARAN: Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat dan kepercayaan rakyat untuk terus menerajui kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Ketua Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmed Maslan berkata rakyat masih mempunyai keyakinan yang tinggi kepada BN.

“Keyakinan itu timbul kerana BN memfokuskan kepada tiga perkara iaitu keharmonian, kemakmuran dan kemajuan kepada seluruh rakyat negara ini tanpa adanya yang tersisih,” katanya pada majlis perasmian penutupan kursus kepimpinan akar umbi BN Sabah di Kompleks Rela Sabah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah, Setiausaha BN Sabah Datuk Rahman Dahlan dan Setiausaha Ekskuatif Penerangan Umno Sabah Hashim Mohd Soon.

Ahmad Maslan berkata BN tidak mengamalkan sikap perkauman atau pilih kasih sebaliknya memerintah negara ini dengan adil di mana seluruh rakyat menikmati apa yang dicapai.

Katanya BN bukannya pembangkang yang hanya tahu bercakap kosong sebaliknya BN sentiasa terus berusaha memastikan kesejahteraan rakyat.

“Kita yakin BN akan terus memerintah negara ini pada pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau berkata keyakinan dan kepercayaan rakyat itu hendaklah diperkukuhkan dengan setiap jentera BN sentiasa bergerak dan mendekati akar umbi.

Menurutnya strategi perlu dilaksanakan dalam mematahkan apa juga dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

“Kita menyerang pembangkang bukan dengan cara menyebar dakyah atau fitnah untuk mengabui mata rakyat tetapi kita bertindak dengan akal fikiran dan fakta…bertindak dengan bijaksana,” katanya.

Sementara itu Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat masih mempunyai keyakinan yang tinggi kepada BN.

“BN telah menunaikan apa yang dijanjikan…kita bukan berjanji kosong dan rakyat sendiri dapat menikmati apa yang telah dilakukan oleh BN.

“Kita jujur dan ikhlas dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat…bagi BN kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan kaum itu lebih penting dan bukannya perjuangan untuk individu,” katanya lagi.



Share |