Friday, February 24, 2012

Malam Kebajikan Bersama Anak Yatim, Ibu Tunggal & Orang-Orang Istimewa Berketurunan Cina Sipitang



CERIA…Sapawi dan Ahmad menyampaikan ‘Angpau’ kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.

PRIHATIN…Sapawi menyampaikan ‘Angpau’ kepada salah seorang masyarakat berketurunan cina Sipitang yang kuarng berkemampuan di majlis tersebut.

SIPITANG: Rakyat wajar bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berusaha memastikan keharmonian dan kemakmuran negara berkekalan serta berpanjangan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata barisan kepimpinan BN dari dahulu sehingga kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (peringkat kebangsaan) dan Datuk Seri Musa Haji Aman (peringkat negeri) sentiasa berusaha untuk memastikan persefahaman dan perpaduan rakyat diperkukuh.

“Kerajaan BN pada peringkat kebangsaan dan negeri juga tidak mengamalkan sistem pemerintahan perkauman sebaliknya seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum menikmati keharmonian dan kemakmuran yang saksama,” katanya pada majlis malam kebajikan bersama anak yatim, ibu tunggal dan orang-orang istimewa di dewan Kuil Hock Teck Kong di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Penolong Pegawai Darah Sipitang Matlin Dullah, Pegawai Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pengerusi Kuil Hock Teck kong dan Setiausaha Kuil Hock Teck Kong.

Sapawi berkata hasil dari kesungguhan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan BN membolehkan rakyat terus menikmati keselesaan, keharmonian dan kemakmuran.

Menurutnya BN bukan seperti parti pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mencetuskan isu perkauman di kalangan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat berpecah belah dan saling bertelagah…kita tidak mahu keadaan itu berlaku dan kerana itulah kita sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan persefahaman dan juga perpaduan,” katanya dan menambah “rakyat tidak harus termakan atau terpedaya dengan dakyah serta fitnah daripada pembangkang.”

Sapawi memberitahu Kerajaan BN akan terus memastikan rakyat dapat menikmati keharmonian dan kemakmuran serta menjalani kehidupan yang selesa.

Beliau berkata apa yang berlaku di negara-negara lain harus menjadi teladan dan rakyat perlu bijak untuk membuat pilihan.

“Kerajaan BN sentiasa mahukan rakyat bersatu padu, erat persefahaman dan mantap perpaduan,” katanya lagi.



Share |