Tuesday, February 14, 2012

Maulidur Rasul Sipitang

MANTAP…Kontinjen Sekolah Kebangsaan Pekan Sipitang bersama Guru Besar Asli Mokhsin (kanan) merakamkan kenangan dimajlsi tersebut.
CERIA…Sapawi bersama tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama peserta nasyid di majlis tersebut.
TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan hadiah kepada Cif Insfektor Mohd Haris Ibrahim mewakili Ibu pejabat Polis Sipitang yang memenangi pertandingan sepanduk dimajlis tersebut.
ANUGERAH…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan anugerah tokoh maulidur rasul Sipitang kepada Samudin Abdullah.

BIJAKSANA…Barisan panel hakim yang mengendali pertandinag kesenian islam sempena majlis tersebut.

SIPITANG: Umat Islam perlu melakukan transformasi diri untuk terus mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keengganan melakukan transformasi akan membuatkan umat Islam terus ketinggalan dan terus ditindas.

“Umat Islam kelihatan lemah ketika ini kerana memiliki akidah yang tidak kukuh dan saling bertelagah sesama sendiri.

“Hasad dengki dan ingin berkuasa demi kepentingan diri sendiri menambahkan lagi kelemahan kepada umat Islam,” katanya pada sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Ariffin Rukut, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pegawai Ekskuatif Majlis Daerah Sipitang dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh.

Sapawi berkata akibat itulah juga umat Islam mudah dipergunakan dan diperbodoh-bodohkan oleh pihak tertentu.

Ini katanya, termasuklah mempengaruhi umat Islam untuk menentang kerajaan dengan menyertai perhimpunan-perhimpunan haram meskipun apa yang diperjuangkan itu bertentangan dengan agama Islam sendiri.

“Amat menyedihkan apabila ramai umat Islam menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pihak tertentu bagi memperjuangkan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam sendiri,” katanya lagi.

Menurutnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap meletakkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini tetapi tidak akan menganaktirikan agama lain yang ada di negara ini.

Islam, katanya akan terus menjadi agama rasmi negara dan ianya tidak akan berubah meskipun terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba mengubahnya.

“Tuduhan pihak tertentu bahawa kerajaan tidak memperdulikan soal agama adalah tohmahan dan fitnah semata-mata…Islam akan terus menjadi agama rasmi negara dan tidak akan berubah.

“Tetapi pada masa yang sama Kerajaan BN turut melihat agama lain yang ada di negara ini dan tidak membiarkan mereka,” katanya.

Sapawi memberitahu sebab itulah para pemimpin seringkali mengingatkan rakyat agar sentiasa memastikan perpaduan dan persefahaman rakyat yang berbeza anutan agama terus diperkukuhkan.

Katanya kerajaan tidak mahu sama ada umat Islam mahupun mereka yang beragama lain terpengaruh dengan pihak tertentu yang berusaha mencetuskan perbalahan agama dan kaum.

“Kita perlu menjadi umat yang sentiasa bersyukur kerana kebijaksanaan kepimpinan negara membolehkan kita menikmati keharmonian dan juga kemakmuran.

“Kita perlu melakukan transformasi diri agar kita turut sama berusaha mencapai kejayaan dan juga kecemerlangan,” katanya lagi.

Sebanyak 21 kontinjen terdiri terdiri dariada sektor kerajaan , sewasta, badan berkanun, ngo dan sekolah telah berarak daripada perkarangan balai penyelamat dan bomba ke dewan pekan sipitang.

Di majlis tersebut KAFA Pekan Sipitang telah diumunkan johan bagi pertandingan sepanduk manakala bagi kategori JKKK/Masjid/Surau dan bagi kategori Ngo, Sewasta dan kerajaan telah masing-masing dimenangi oleh Masjih Haji Hashim Pekan Sipitang dan Polis daerah Sipitang.

Bagi Pertandingan Festival Kesenian Islam bagi kategori nasyid moden dan tradisi masing-masing dimenangi oleh Kumpulan Nur Ahlia dan Kumpulan Mahfuzah kedua-duanya daripada pekan Sipitang.

Kelas Mualaf Sipitang di muncul johan bagi pertandingan Marhaban dan Kumpulan Kompang Al-ikhlas muncul johan bagi pertandingan kompang.



Share |