Friday, February 10, 2012

Sumbangan Beg Sekolah Oleh Petronas


SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Joseph menyampaikan sumbangan beg sekolah petronas kepada salah seorang pelajar yang menerima di majlis tersebut.

CERIA…Sapawi bersama Ahmad dan Joseph merakamkan kenangan bersama sebahagian pelajar yang layak menerima beg sekolah Petronas di majlis tersebut.

SIPITANG: Penglibatan sektor swasta iaitu korporat dalam membantu rakyat sememangnya amat dialu-alukan dan digalakkan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata penglibatan sektor korporat dalam pembangunan sosial membantu usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

“Kita amat mengalu-alukan penglibatan sektor korporat untuk pembangunan sosial…kita mahu sektor korporat turut memperlihatkan rasa tanggungjawab kepada rakyat dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan,” katanya lagi.

Sapawi berkata demikian pada majlis penyampaian beg sekolah oleh Petronas di Sekolah Kebangsaan Padang berempah dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Joseph Podtung, Ketua Pegawai Ekskuatif SAMUR Petronas Zakir Jaafar, Pengarah Urusan Sabah Enegry Corporation Datuk Harun Ismail, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat dan Pegawai Pelajaran Sipitang Abdul Razak Karim.

Sapawi memberitahu penampilan petronas dalam pembangunan sosial turut membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Katanya sumbangan yang diberikan oleh petronas membantu usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Banyak yang boleh dilakukan dan sumbangan beg sekolah ini merupakan salah satu usaha yang wajar kita banggakan,” katanya lagi.

Pada majlis itu seramai 300 pelajar daripada 12 buah sekolah tersebut menerima sumbangan beg sekolah dan peralatan sekolah daripada petronas.




Share |