Tuesday, March 6, 2012

Ahli Majlis Daerah Sipitang



TAHNIAH...Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan watikah perlantikan ahli Majlis Daerah Sipitang Kepada Datuk Jamilah Sulaiman.
SERIUS...Sapawi berbincang sesuatu kepada Pengerusi MDS merangkap Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat di majlis tersebut.
KENANGAN...Sapawi merakamkan kenangan bersama ahli MDS dan ahli bersekutu MDS di majlis tersebut.
MANTAP…Sapawi bersama Ahmad dan Ahli MDS yang baru mengangkat sumpah merakamkan kenangan sejurus majlis tersebut.

TAHNIAH...Sapawi menyampaikan watikah perlantikan ahli MDS kepada Aliddin Mohamad yang juga Setiausaha Umno Sipitang di majlis tersebut.

SIPITANG: Transformasi perlu dilakukan dan dilaksanakan bagi memastikan Sipitang terus maju dan membangun, kata Datuk Sapawi Ahmad.

Ahli Parlimen Sipitang itu berkata hasrat menjadikan Sipitang terus maju dan membangun tidak akan tercapai jika transfomasi tidak dilakukan.

“Transfomasi perlu dilakukan dalam semua aspek...bukan hanya dalam pengurusan tetapi juga sikap kita,” katanya pada majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Daerah Sipitang (MDS) bagi sesi Januari hingga Jun 2012 di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adum Sindumin Ahmad Bujang, Pengerusi MDS Sipitang Merangkap Pegawai daerah Sipitang Latip Amat, Pegawai Ekskuatif MMDS Sipitang Sharif Endra Sharif Abdul Hamid, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail dan Timbalan Pegawai Ekskuatif MDS Sipitang Daut Kassim

Sapawi berkata transformasi pengurusan tidak akan berupaya mencapai keberkesanan jika transfomasi diri tidak dilakukan.

Menurutnya transfomasi sikap termasuklah membuat perubahan yang lebih positif di mana sikap amanah, telus dan bertanggungjawab diutamakan.

Beliau berkata jika ianya dilakukan sudah tentu usaha mewujudkan kerja berpasukan atau `team work’ akan tercapai.

“Kemajuan dan pembangunan Sipitang tidak akan bertahan lama atau boleh dibanggakan jika kita saling bertelagah dan enggan untuk bekerjasama...hakikatnya semua adalah berkaitan,” katanya dan menambah perkara itu tidak harus dipandang mudah.

Sehubungan dengan itu Sapawi berharap ahli-ahli MDS bukan sahaja dapat bekerjasama tetapi sama-sama berusaha memastikan Sipitang terus maju dan membangun.

Sambil melahirkan rasa bangga dengan kedudukan kewangan MDS, beliau berkata usaha yang ada perlu diperkasakan.

MDS pada tahun 2011 yang memperolehi hasil kutipan berjumlah RM1.8 juta dan perbelanjaan berjumlah RM2 juta, manakala pada tahun 2012 ini, pihak MDS dijangka akan memperolehi hasil kutipan berjumlah RM2.5 juta dan perbelanjaan dijangka berjumlah RM2.6 juta.

“Kita amat berbangga sekali kerana kedudukan kewangan MDS yang amat kukuh sekali sehingga 31 Disember 2011 yang terbaik sekali setelah diaudit berjumlah RM3.3 juta,” katanya.

Sapawi berharap kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang sedia ada akan terus dipertingkatkan bagi memastikan MDS berjaya memperolehi kutipan yang lebih baik.

Beliau turut menekankan empat aspek yang perlu diterapkan oleh MDS yakni 4k iaitu kebersihan, keindahan, keceriaan dan kemesraan.

“4K ini bukan sahaja dapat memastikan MDS terus bergerak maju tetapi juga akan berupaya mencatatkan pencapaian membanggakan,” katanya lagi.

Pada majlis itu seramai 12 ahli MDS menangkat sumpah bagi sesi januari hingga jun 2012 antaranya ialah Datuk Jamilah Sulaiman, Abdul Rahman Mohd Noh, Moktar Matussin, Rosli Tahir, Yusri Pungut, Anthony Liaw, Leo Boun Kiat, Wong Ket Sing, Bongkal Amin, Aliddin Mohamad, Garen Jablee Lasong dan Lau Kim Ling.




Share |