Sunday, April 1, 2012

Anugerah Pelajar Cemerlang Dun Lumadan



ANUGERAH…kamarlin diperhatikan oleh Salleh menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR kepada Nur Afifah Hafizah Mokhtar.
CEMERLANG…Amin diperhatikan oleh Salleh menyampaikan anugerah pelajar cemerlang SPM kepada Siti Hartini Adilah Abu Bakar.
SUMBANGAN…Sapawi bersama kamarlin diperhatikan oleh Amin menyampaikan replika cek RM3,000 kepada wakil PIBG Junli Yusuf dimajlis tersebut.
TAHNIAH….Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Amin menyampaikan anugerah pelajar cemerlang STPM kepada Md. Azmile Md. Jabaidah daripada Sekolah SMK Gadong, Beaufort.
MERIAH….Sebahagian ibubapa dan pelajar yang menghadiri majlis tersebut.

BEAUFORT: Ada dua perkara mengapa Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad meminta agar kolej komuniti segera dibina di Sipitang.

Pertama pewujudan kolej itu memberi ruang dan peluang kepada generasi muda khususnya pelajar bagi meningkatkan ilmu dan yang kedua sebagai membantu memaju dan membangunkan sesebuah daerah.

“Kita berharap Kementerian Pengajian Tinggi segera membina kolej komuniti kerana pembangunan dan kemajuan pendidikan di Sipitang semakin meningkat,” katanya pada majlis anugerah pelajar cemerlang bagi DUN Lumadan di Sekolah Teknik Vokasional Beaufort dekat sini kelmarin.

Menurutnya permohonan agar kolej komuniti itu dibina telah dikemukakan kepada kementerian dan diharap dapat dilaksanakan segera.

Beliau memberitahu dengan adanya projek Kilang Baja Amonia dan Uera (SAMUR), Petronas di Sipitang dan Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis sudah tentu tenaga mahir amat diperlukan.

“Maka dengan adanya kolej komuniti itu inanti sudan tentu ianya boleh mengeluarkan tenaga mahir untuk bidang yang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir projek tersebut,” katanya lagi.

Katanya jika tiada peluang yang diberikan sudah tentu projek tersebut menggunakan tenaga mahir daripada lluar.

Menurutnya hal itu akan turut menutup peluang kepada tenaga tempatan bagi turut menyumbang ke arah menikmati hasil daripada pelaksanaan projek tersebut.

“Apapun kolej itu amat diperlukan kerana pembangunan dan kemajuan pendidikan di Sipitang terus berkembang dan meningkat…kita berharap agar pihak kementerian akan segera membina kolej tersebut,” katanya lagi.

Sapawi juga memberitahu kepentingan penubuhan kolej itu juga ada untuk membuktikan kepada rakyat betapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat pentingkan agenda pendidikan.

Menurutnya kerajaan tidak hanya memfokuskan pembangunan pendidikan di kawasan bandar yang telah maju tetapi juga di kawasan pedalaman termasuklah Sipitang.

“Pada kita penubuhan kolej itu sesuai kerana Sipitang ketika ini mula membangun dan ia juga adalah untuk mengotakan janji BN kepada rakyat untuk memberikan kemudahan pendidikan yang terbaik,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia Dr. Amin Senin, Pegawai Pelajaran Beaufort Salleh Edris, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf dan Ketua Wanita Umno Sipitang datuk Surinam Sadikun.

Di majlis Sapawi dan Kamarlin juga telah menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang bagi keputusan SRU, UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun 2011.


Share |