Wednesday, April 25, 2012

Umno Sipitang Yakin BN Kembali Berkuasa





KEMPEN…Sapawi menyampaikan Bendera BN kepada Amat talip Ketua Umno Zon Suasa dan Bangkalalak



SOKONGAN PADU….Sebahagian barisan kepimpinan Wanita dan ahli Umno yang hadir di majlis tersebut.



IKTIRAF…Sapawi menerima cenderakenangan Ikon Kepimpinan daripada Ketua Daerah Beaufort Junli Yusuf



MANTAP…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin, Ahmad,Hafez dan Maimunah menyerahkan bendera BN kepada Ketua Umno Zon Bukau Aminah Ghafar



SEMANGAT…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menaikkan bendera BN bersaiz besar sempena kempen mengibar bendera BN.

SEMANGAT…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menaikkan bendera BN bersaiz besar sempena kempen mengibar bendera BN.

BEAUFORT: UMNO bahagian Sipitang yakin Barisan Nasional (BN) akan kembali menerajui tampuk pemerintahan kerajaan.

Ketua Bahagian UMNO Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat masih mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada BN.

“Keyakinan dan kepercayaan itu hadir kerana BN telah melaksanakan segala janji dan sentiasa memperlihatkan perjuangan untuk rakyat sebagai yang pertama,” katanya pada perasmian persidangan cawangan-cawangan dan sayap-sayap UMNO bagi DUN Lumadan di deawan mini Lumadan dan Gadong kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Dayang Maimunah Sidek

Sapawi berkata UMNO Sabah yang menerajui tampuk pemerintahan Kerajaan BN negeri ini telah melaksanakan segala apa yang dijanjikan kepada rakyat.

“Pembangunan dan kemajuan telah dilaksanakan sama ada di bandar mahupun di luar bandar…hasil daripada kemakmuran ini telah dinikmati oleh rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata UMNO bukan seperti pembangkang yang hanya tahu menabur `janji-janji manis’ tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikannya.

Katanya pembangkang sentiasa berusaha untuk mengelirukan rakyat dengan menabur pelbagai fitnah dan dakyah.

Menurutnya apa yang dilemparkan oleh pembangkang itu juga adalah isu-isu yang telah lapuk dan tidak berasas.

“Sipitang sendiri mengalami perubahan dan perubahan ini tidak hanya bagi DUN Sindumin tetapi turut berlaku pada DUN Lumadan…situasi inilah juga yang berlaku di kawasan lain di negeri ini,” katanya dan menambah Kerajaan BN Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Musa Aman akan terus melaksanakan segala perancangan untuk rakyat.

Dalam pada itu Sapawi juga memberitahu bahawa UMNO bersama parti kompenan BN Sipitang telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13.

Katanya kesemua jentera dalam DUN Sindumin dan DUN Lumadan telah bersedia untuk digerakkan dengan lebih hebat.

“Kita telah menggerakkan jentera itu bagi memastikan rakyat tidak diperbodoh-bodohkan oleh pembangkang dan sedia memperkasakan lagi jentera itu apabila PRU ke-13 nanti,” katanya.

Beliau menegaskan UMNO akan memastikan Sipitang terus kekal sebagai salah satu kubu kuat BN menjelang pilihan raya nanti.
Share |