Monday, July 23, 2012

Persidangan Perwakilan Wanita Umno Sipitang

SOKONGAN PADU….Sebahagian pimpinan dan ahli wanita Umno yang hadir di majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi menerima cenderakenangan daripada Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun pada perasmian tersebut.

BEAUFORT: Tranformasi sikap dan minda perlu dilaksana dalam mempermantap serta memperkukuhkan perjuangan wanita Umno.

Ketua Penerangan Umno Datuk Sapawi Ahmad berkata anggota wanita perlu memiliki semangat perjuangan yang mantap dan jitu.

“Perjuangan kita juga haruslah ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…perjuangan kita adalah berasaskan perjuangan parti bukan perjuangan diri,”katanya pada persidangan perwakilan wanita Umno Sipitang di Sekolah Menengah Vaksional di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Wanita Umno Sipitang datuk Surinam Sadikun, Wakil Perhubungan Wanita Umno Sabah merangkap Ketua Wanita Umno Papar Datin Dayang Ainon Pangiran Bagul, Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek dan Penolong Setiausaha Wanita Umno Sipitang Dayang Surinah Karim

Sapawi berkata perjuangan wanita amat penting dalam memperkukuhkan dan mempermantapkan parti.

Katanya Umno amat menghargai sumbangan dan pengorbanan yang diberikan oleh wanita.

“Wanita adalah sayap penting kepada kekuatan parti dan kerana itulah kita mahu semangat perjuangan wanita terus ditingkatkan,” katanya menambahmUmno mahu wanita terus memainkan peranannya pada PRU ke-13 nanti.

Sapawi berkata dalam bersedia menghadapi PRU ke-13 wanita perlu sentiasa bersedia.

Katanya usah terpengaruh dengan pembangkang yang sentiasa melontarkan pelbagai fintah dan dakyah…wanita malah rakyat tahu taktik yang digunakan oleh pembangkang ”tetapi kita akan terpedaya jika semangat perjuangan dalam diri lemah.”

Katanya usaha pembangkang tidak akan berhasil jika anggota Umno memiliki semangat yang jitu.

“kesetian kepada parti dan kepimpinan adalah antara azimat kekutan Umno dan azimat ini tidak dimiliki oleh pembangkang,”katanya lagi.

Pada perasmian tersebut seramai 808 ahli daripada 233 cawangan wanita Umno Sipitang hadir termasuk ahli jawatankuasa Wanita dan tiga perwakilan Umno bahagian Sipitang

a)

Share |