Thursday, August 23, 2012

Aidilfitri Di Kg Banting, Sipitang



TIDAK DILUPA...Sambutan Hari Aidilfitri bagi Taimi Leong,61 dan pasanganya Masitah Mail,61,penduduk Kampung Banting, Sipitang diceriakan dengan kehadiran Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Sapawi yang diiringi oleh Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat mengunjungi rumah Taimi yang telah uzur dan beliau tanpa tangguh menyatakan bantuan bagi memperbaiki rumah tersebut..

"Kita akan membantu untuk membaiki rumah ini dan berharap Taimi sekeluarga dapat bersabar....kita mahu keluarga ini turut menikmati keselesaan," katanya.

Kelihatan Sapawi sedang berbual dengan Taimi di anjung tamu rumah tersebut.
Share |