Friday, August 17, 2012

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Sipitang

MANTAP…Sapawi dan Latip merakamkan kenangan bersama ahli majlis daerah yang baru mengangkat sumpah di majlis tersebut.

TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Latip Sharif Endra menyampaikan watikah perlantikan ahli majlis daerah Sipitang kepada Datuk Jamilah Sulaiman

SIPITANG: `Serapkan semangat kerjasama sepasukan dan sayangi Sipitang.’

Itulah antara azimat yang mampu membawa Sipitang ke arah kemajuan dan membangun seperti yang dicitakan, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad.

Beliau berkata dengan adanya semangat seumpama itu sudah tentu hasrat menjadikan Sipitang maju dan membangun mampu capai.

“Jangan ada sikap pentingkan diri dan sikap enggan bekerjasama...inilah penghalang kepada usaha kita menjadikan Sipitang maju dan membangun,” katanya pada majlis angkat sumpah ahli majlis daerah Sipitang dan mesyuarat penuh kali kedua di sini kelmarin.

Seramai 17 orang dilantik menajdi ahli majlis daerah Sipitang antaranya ialah Datuk Semion Abdul rahim, Datuk Jamilah Sulaiman, Abdul Rahman Mohd Noh, Moktar Matussin, Rosli Tahir, Yusri Pungut, Anthony Liaw, Yeo Boun Kiat, Wong Ket Sing, Bongkol Amin, Aliddin Mohamad, Goven Jablee Lasong, Lau Kim Ling, Geaogre Libat Dakwat, jamian Yunus, Asli Moksin dan Angian Alai.

Sapawi juga menegaskan semangat kerja berpasukan dan sayangi Sipitang juga perlu disemaikan dengan keikhlasan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

“Ikhlas dan amanah adalah asas penting kepada kedua-dua semangat tersebut.” Katanya dan menambah ahli majlis juga perlulah mempunyai hubungan baik dengan kakitangan majlis dan sama-sama berusaha untuk merealisasikan Sipitang maju dan membangun.

Menurutnya ahli majlis perlulah mengelak membuat keputusan tanpa melalui proses perbincangan sehingga boleh membangkitkan rasa kurang senang dan akhirnya mencetuskan perbalahan sesama sendiri.

“Ingat tanggungjawab sebagai ahli majlis...selain untuk membantu memajukan dan membangunkan Sipitang, ahli majlis juga membawa simbol Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Imej sebagai ahli majlis perlu dijaga dan berusaha mengelak daripada mencetuskan kritikan dan rungutan daripada rakyat,” katanya.

Sapawi berkata ahli majlis merupakan pengantara kerajaan dengan rakyat, maka setiap tanggungjawab yang diberikan hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas dan amanah.

Beliau berkata setiap tindakan yang diambil oleh ahli majlis sudah pasti diperhatikan oleh rakyat.

“Inilah sebabnya ahli majlis perlu membuat keputusan bersama, usah nmembuat keputusan sendirian yang mana boleh mendatangkan kesan kepada kerajaan,” katanya lagi.

Sambil menggesa agar MDS memperkenalkan moto bagi menarik perhatian rakyat, beliau berkata moto tersebut tentunya melambangkan semangat yang merangkumi semua aspek kepada setiap ahli MDS sendiri.

Beliau berkata apa jua projek pembangunan yang direncanakan perlu dilakukan dengan secara terancang dan jika ia melibatkan pelaburan sektor sewasta MDS mesti ada dalam situasi menang-menang dan rakyat sipitang mendapat manfaatnya.

Sapawi turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang dicatatkan MDS dan mahu ianya dipertingkatkan.

Setakat ini MDS telah melaksanakan sembilan buah projek yang siap sepenuhnya dengan bantuan Kerajaan Persekutuan yang mana membabitkan kos perbelanjaan RM1,7 juta manakala bagi projek keselamatan dan pencahayaan, dua buah projek telah siap sepenuhnya dan menelan belanja RM250 ribu.

Selain itu MDS juga telah menjalankan projek usahasama dengan Syarikat Strength Fealty Sdn. Bhd dalam membangunkan 19 unit kedai 2 tingkat.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengrusi MDS merangkap Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pegawai Ekskuatif MDS Sharif Endra Bin Abdul Hamid dan Pegawai Kerja MDS Daut Kassim.

a)

b)



Share |