Monday, September 10, 2012

Majlis Mesra Aidilfitri Wanita Umno Di Kg. Naluyan, Sipitang.

ANGPAU RAYA…Surinam diperhatikan oleh Surinah menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut.
TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Surinam menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang di majlis tersebut.
CERIA…Sapawi bersama Surinam dan jemputan khas memotong kek sebagai tanda sembolik sambutan aidilfitri kampung tersebut.

CERIA…Sebahagian penduduk kampung dan wanita Umno yang hadir di majlis tersebut.

SIPITANG: Program majlis rumah terbuka sempena perayaan merupakan ruang terbaik bagi memperjelaskan perjuangan parti kepada rakyat.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata penjelasan berterusan perlu dimaklumkan kepada rakyat agar mereka tidak terpengaruh dan terpedaya dengan pembohongan yang ditabur oleh pembangkang.

“Program majlis rumah terbuka umpamanya membuka ruang yang luas kepada anggota parti bagi menerangkan dan memperjelaskan perjuangan parti kepada rakyat...memang rakyat tahu apa yang kita perjuangkan tetapi ada kemungkinan mereka kurang memahaminya,” katanya pada majlis mesra Aidilfitri Wanita Umno di Kampung Naluyan dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Kampung Naluyan Haji Hamid, Ketua Umno Zon Usuk Bongkol Amin, Penolong Setiausaha Kerja Wanita Umno Sipitang Dayang Surinah Karim, AJK Wanita Umno Sipitang Mariam Ahmad Osman dan Saumah Musah.

Sapawi berkata ruang tersebut tidak harus dipersia-siakan oleh anggota parti dan rakyat pula harus tidak dibiarkan untuk tidak memahami.

Katanya akibat kurang memahami perjuangan parti terdapat segelintir rakyat menyokong pembangkang.

“Mereka terpedaya kerana tidak memahami perjuangan Umno dan Barisan Nasional yang sebenar...akibat kurang faham inilah mereka terpedaya dengan pembohongan yang ditabur oleh pembangkang,” katanya dan menambah penerangan dan penjelasan yang diberi akan membolehkah rakyat tahu untuk membuat penilaian yang terbaik.

Katanya perjuangan Umno dan BN adalah yang terbaik untuk menjadi pilihan rakyat berbanding dengan pembangkang yang berjuang untuk kepentingan seseorang.

Sehubungan dengan itu Sapawi memberitahu anggota parti termasuklah anggota wanita memainkan peranan penting bagi memastikan rakyat membuat keputusan yang bijaksana dan terbaik.

“Kita perlu terus mendekati rakyat. Selain mendengar masalah mereka kita juga perlu memberi penerangan dan penjelasan terhadap perjuangan parti.

“Adalah penting untuk rakyat tahu dan memahami perjuangan sebenar Umno dan BN yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai paling utama,” katanya lagi.

Beliau memberitahu pembangkang pada ketika ini semakin giat menabur pelbagai fitnah dan pembohongan kepada rakyat.

Menurutnya perkara itu perlu diberikan perhatian dan tidak dipandang mudah oleh setiap anggota parti.

“Kita tidak mahu rakyat tertipu, dipergunakan dan diperbodohkan oleh pembangkang dan kita perlu mengambil tindakan dengan mendekati terus mendekati rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu Sapawi berkata rakyat perlulah bijak dalam membuat penilaian sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati adalah hasil daripada perjuangan Umno dan BN.

Menurutnya perjuangan Umno dan BN amat menitikberatkan soal perpaduan dan persefahaman antara kaum.

“Perjuangan kita tidak meletakkan kepentingan diri tetapi meletakkan kepentingan rakyat yang paling utama dan antaranya termasuklah memastikan perpaduan serta perfahaman rakyat terus kekal dan utuh.

“Perpaduan dan persefahaman inilah yang membolehkan rakyat menikmati keharmonian dan juga kemakmuran...Umno dan BN bukan seperti pembangkang yang membelakangkan soal perpaduan dan persefahaman kaum,” katanya.


Share |