Monday, September 10, 2012

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Warga Parlimen Sipitang Di Kota Kinabalu

KENANGAN…Sapawi bersama Setiausaha Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Sabah (SBBA) Hasbullah Hamid dan ahli merakamkan kenangan di majlis tersebut.
SOKONGAN PADU…Sebahagian pengunjung yang hadir di majlis tersebut.
DUIT RAYA…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dimajlis tersebut.
SUMBANGAN…Musa diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan sumbangan kewangan kepada anak yatim di majlis tersebut.

IKHLAS…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal di majlis tersebut.

MAJLIS Aidilfitri Bersama Anak Sipitang yang berada di perantauan anjuran Parlimen Sipitang dan UMNO Sipitang bukan sekadar untuk memberi ruang serta peluang bagi meraikan perayaan itu bersama tetapi juga adalah untuk memperlihatkan penghargaan ke atas apa yang telah disumbangkan oleh mereka.

Hakikatnya sumbangan yang diberikan oleh anak Sipitang yang berada di perantauan tetap dihargai dalam membanti merealisasikan impian menjadikan Sipitang maju dan membangun.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang meraikan majlis itu bersama barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Sipitang termasuklah wakil rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi dan wakil rakyat Sindumin Haji Ahmad Bujang, mengakui betapa sumbangan yang telah diberikan telah membantu menjayakan segala perancangan yang telah direncanakan.

“Anak Sipitang yang berada di perantauan sebenarnya turut membantu usaha kita menjadikan Sipitang maju dan membangun...kita menghargai mereka. Biarpun mereka jauh dan hanya kadang kala pulang tetapi mereka tetap memberikan sumbangan bermakna.

“Sama ada sumbangan itu dalam bentuk pandangan dan pendapat, ia membantu usaha yang dilakukan,” kata Sapawi ketika ditemui pada majlis tersebut.

Majlisanjuran Parlimen Sipitang di Kompleks Belia Persekutuan di Putatan itu ternyata mengumpul kehadiran lebih tiga ribu orang dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Sapawi berkata ia sudah jelas memperlihatkan bahawa anak-anak Sipitang tetap komited dan berkeinginan terhadap usaha menjadikan Sipitang membangun serta mencapai kemajuan.

Beliau memberitahu Parlimen Sipitang mempunyai dua DUN iaitu Lumadan serta Sindumin “dan anak-anak Sipitang yang berada diperantauan ini juga turut menyokong BN dan mahukan calon BN mewakili kawasan masing-masing.”

“Saya sendiri secara peribadi mengucapkan terima kasih dan amat berbangga dengan sokongan yang mereka berikan dan inilah sumbangan paling bermakna kerana ia membantu memastikan segala perancangan yang direncanakan dapat dilaksanakan,” kata Sapawi lagi.

Majlis Aidilfitri itu sepatutnya bermula pada jam 10.00 pagi namun orang ramai telahpun memenuhi kompleks tersebut malah penganjur terpaksa melanjutkan masa akhir majlis itu yang sepatutnya pada ham 2.00 petang kepada 4.00 petang.

Sapawi memberitahu anak-anak Sipitang yang berada diperantauan turut memainkan peranan penting dalam menjadikan Sipitang maju dan membangun.

“Istilah maju dan membangun itu adalah merangkumi segala aspek termasuklah ekonomi dan juga pendidikan,” katanya lagi.



Share |