Tuesday, October 9, 2012

Lawat Bengkel Kuih Tradsional & Kerepek Di Kg Ulu Sipitang.

 CEKAL…Sapawi bersama Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat (dua dari kanan) sedang menunjukkan hasil pemerosesan kuih tradisional Roseni Hamdan (tengah) ketika melawat bengkelnya di Kampung Ulu Sipitang.

SIPITANG: Kuih tradisional berupaya untuk mengangkat Sipitang selain membantu meningkatkan sumber pendapatan ekonomi keluarga.
            Bagaimanapun usaha menghasilkan kuih tradisional memerlukan komitmen serta strategi pemasaran, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi  Ahmad.
            Beliau yang ditemui selepas melawat tempat pembuatan makanan berasaskan tradisional di Kampung Pasir Puteh Ulu Sipitang dekat sini kelmarin memberitahu komitmen dan strategi pemasaran dapat memastikan kejayaan.
            "Apa juga bidang yang diceburi, komitmen dan strategi pemasaran amat penting dan ini termasuklah dalam perniagaan kuih tradisional," katanya.
            Kunjungan Sapawi bersama rombongan disambut oleh pengusaha kuih tradisional Roseni Hamdan yang turut menghasil produk makanan keropok.
            Roseni yang merupakan usahawan dibawah program bantuan ekonomi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak 2008 memohon kepada Sapawi bagi membantu membesarkan tempat proses makanan tersebut.
            "Kita akan membantu Roseni di mana perkara ini akan kita kemukakan kepada agensi berkaitan...beliau wajar dibantu kerana usaha dan kesungguhan yang diperlihatkan," katanya lagi,
            Sementara itu Sapawi turut mengharapkan agar pengusaha industri kecil sederhana mengambil peluang dengan segala bantuan yang disediakan oleh kerajaan seperti yang diumumkan pada Bajet 2013 oleh Perdana Menteri di Parlimen minggu lepas.
            Beliau berkata pengumuman yang tersebut memperlihatkan kesungguhan kerajaan bagi membantu pengusaha IKS untuk mencapai kemajuan dan juga kejayaan.
            Katanya Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan pengusaha IKS sebaliknya mereka turut dibela menerusi peluang yang disediakan.
            "Gunakan peluang itu untuk mencapai kemajuan," katanya lagi.

Share |