Saturday, February 9, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SAR Lubok, Weston, Beaufort.

 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Pengerusi PIBG SAR Lubuk Weston Ali Gafar menymapaikan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang di majlis tersebut.


WESTON (Beaufort): Pembangunan dan kemajuan pendidikan agama tidak pernah diabaikan serta dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata usaha untuk membangun dan memajukan pendidikan agama sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
            "Pendidikan agama penting dalam membentuk shasiah generasi masa depan yang cemerlang dan kerajaan tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan pembangunan serta kemajuan pendidikan agama," katanya pada majlis anugerah kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat Lubok Weston di sini kelmarin.
            Bagaimanapun Sapawi memberitahu usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN amat perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat khususnya umat Islam.
            Menurutnya pembangunan dan kemajuan pendidikan agama Islam tidak akan mampu berkembang seperti yang diharapkan jika rakyat enggan memberikan sokongan dan terus mengekalkan anggapan yang positif.
            Katanya terdapat segelintir umat Islam yang beranggapan bahawa sekolah agama yang dikendalikan oleh Kerajaan BN tidak sebaik dengan sekolah yang dikendalikan oleh pihak lain terutamanya pembangkang.
            "Sikap seumpama ini sebenarnya tidak membantu malah ianya adalah sikap yang salah...sikap seumpama ini tidak menjadi amalan sehingga ianya menjadi satu budaya yang diwarisi," katanya dan menambah rakyat boleh melihat sekolah-sekolah agama Islam yang dikendalikan oleh Kerajaan BN.
            Menurutnya ramai pelajar negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran khususnya ke Mesir menerusi pendidikan agama dan bersekolah di sekolah agama kerajaan.
            Malah, katanya sudah ramai juga pelajar dari sekolah agama kerajaan yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan juga sektor swasta.
            Sapawi juga berharap agar rakyat terus memberikan sokongan kepada Kerajaan BN dan tidak terpengaruh serta terpedaya dengan pembangkang.
            Katanya pembangkang ketika ini semakin berani untuk mencetuskan perbalahan di kalangan rakyat yang berbeza anutan agama dan kaum.
            Selain isu kaum, katanya, pembangkang juga mula menghebah-hebohkan isu agama yang boleh mencetuskan perbalahan.
            "Kita perlu tolak pembangkang kerana jika tercetusnya perbalahan, ianya akan menyebabkan rakyat kehilangan untuk menikmati kesejahteraan, keharmonian dan juga kemakmuran," katanya lagi.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah,  Guru Besar SAR Lubok Weston Irdawaty Manap, Pengerusi PIBG SAR Lubok Weston Ali Ghafar, Ketua Kampung Lubok Weston  Masri Latip dan Pengerusi JKKK Kampung Lubok Weston Mansur Salleh.

 



Share |