Saturday, February 9, 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.



MESRA…Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina turut diceriakan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang bersama pimpinan kompenan Barisan Nasional (BN) yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan masyarakat berketurunan Cina di  Sipitang.
            Selain mengucapkan selamat menyambut perayaan itu, Sapawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Suhaili Matusin turut menyampaikan kad-kad sambutan Tahun Baru Cina di sekitar pekan Sipitang.
            “Saya berharap sambutan perayaan kali ini akan memberi makna besar kepada masyarakat Cina,” katanya.
            Menurutnya rakyat dari pelbagai suku kaum turut menyambut dengan ceria perayaan itu “dan inilah keistimewaan serta lambang perpaduan dan persefahaman rakyat.”
            Hadir sama pada rombongan tersebut termasuklah Pemimpin kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Ketua MCA Sipitang Suu See Teng, dan Presiden Dewan Peniagaan Dan Perindustrian Tiong Hua Sipitang Lim Thian Hock,
           
a)      Kelihatan Ahmad dan Suhaili bersama rombongan merakamkan kenangan bersama pegawai dan staf Maybank Sipitang sejurus penyerahan kad tahun baru cina di premis tersebut.


Share |