Friday, March 11, 2016
TEKS PERBAHASAN DATUK SAPAWI HJ AHMAD KE ATAS TITAH UCAPAN DIRAJA SEMPENA PERSIDANGAN PARLIMEN MAC 2016
TEKS PERBAHASAN DATUK SAPAWI HJ AHMAD KE ATAS TITAH
UCAPAN DIRAJA SEMPENA PERSIDANGAN PARLIMEN MAC 2016
MUKADIMAH
Terima kasih Tuan
Yang Dipertua
1. Pertamanya, saya
merakamkan penghargaan setulus budi, kerana diberi peluang untuk berucap, pada
petang ini.
2. Dengan rasa
hormat dan penuh takzim, marilah kita semua merafak sembah dan menjunjung kasih
Ke Bawah DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, kerana berkenan mencemar duli
berangkat bagi menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat kita ini, dengan
mengambil muhasabah diri, ke atas titah Tuanku, demi perjuangan kita untuk
rakyat jelata di seluruh pelosok tanah air, dari Perlis nun di Utara hingga ke
seberang jauh di Negeri Sabah, dan dari Pekan Pahang sehingga ke Sipitang.
3. Buat rakan-rakan
seperjuangan dan seangkatan, di barisan sini atau di barisan sana, ayuh kita
sama-sama mendokong titah Tuanku untuk bersama-sama bergandingan dengan Perdana
Menteri, yang telah berjaya mengemudi pentadbiran negara dengan cemerlang.
SYABAS MALAYSIA
Tuan Yang Dipertua
4. Intipati titah
Tuanku jelas mengambarkan betapa pimpinan YAB Perdana Menteri berjaya memenuhi
aspirasi rakyat, untuk membawa Malaysia ke persada dunia, sekali gus memancarkan
iltizam pimpinan kita, untuk mengangkat kehidupan rakyat sejagat, menjadi
sebahagian komuniti dunia yang terhebat.
5. Menjunjung kasih
ke atas titah Tuanku itu, maka wajarlah pula bagi kita para Wakil Rakyat, untuk
bersama-sama menyanjung tinggi pimpinan kerajaan di bawah teraju YAB Perdana
Menteri bersama armada Kabinetnya yang hebat-hebat.
6. Senada dengan
titah Tuanku, sambil mendokong erat aspirasi rakyat, saya ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, atas keberhasilan
dan kejayaan agenda pembangunan, khususnya Dasar Trasformasi Kerajaan, yang
sudah pun dapat dituai hasilnya.
7. Kejayaan ini
tentunya tidak semudah itu untuk dicapai, namun hasil muafakat dan kesatuan
semua pihak dari segenap penjuru, maka
suatu kebarangkalian yang awalnya difikir mustahil, akhirnya mampu digapai.
8. Menghitung
hari-hari yang berlalu, jelas Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri
berjaya mengharungi jalan penuh ranjau dan liku, di tengah pergolakan dunia
yang tidak menentu akibat turun-naik pasaran harga minyak, pasang-surut politik
antara wilayah, serta ancaman keselamatan militan dan ekstremis di serata
benua.
Andang-andang
madu kelulut
Pokok
asam tempat bersarang
Pandang-pandang semua sudut
Malaysia
jelas makin cemerlang
9. Dalam langkah
perjalanan kita terus mara ke depan, marilah beristiqamah serta mengambil
iktibar dan ikhtiar, berpayung paksi dari titah Tuanku. Setiap Wakil Rakyat wajar untuk bermuhasabah diri,
kerana perjuangan kita tiada titik noktahnya, dan tiada batas sempadan kaum
apalagi agama.
10. Demikian juga
buat rakyat dari segenap dimensi,
bersatu kita demi Malaysia.
Jangan diberi ruang untuk musuh, baik dari dalam mahupun luar, untuk
memecahkannya kerana kita khuatir `Di mana kayu bengkok, di situ musang meniti'
(yang bermaksud di tempat ada kelemahan, di situ musuh mengambil peluang). Kita
kuat kerana bersatu, kita bersatu kerana kuat.
ASAS TEGUH EKONOMI MENGUKUH
Tuan Yang Dipertua
11. Kita bersyukur
dan menghela nafas lega, kerana horizon ekonomi Malaysia diramal terus
mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada tahun ini.
12. Mengikut
unjuran, ekonomi Malaysia terus berkembang mekar, berada pada kedudukan teguh
dengan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) melakar peningkatan, yakni
bukanlah pada kedudukaan tercorot seperti persepsi yang cuba digambarkan oleh
pembangkang, yang seolah-olah menyalahkan pemimpin, khususnya YAB Perdana
Menteri.
13. Malaysia
berjaya dan mampu bertahan lantas kekuatan yang ada pada YAB Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak sebagai pengemudi layar, yang punya kekuatan tersendiri
mengharung cabaran membadai, sehinggakan negara terus diiktiraf dunia dalam pelbagai aspek.
14. Di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd NajibTun
Razak, Malaysia disanjung dunia, terbukti menerusi pembentukan Komuniti Asean
ketika Malaysia menjadi pengerusi Sidang Kemuncak Asean pada 2015, dan terbaru
penghargaan diberikan kepada YAB Perdana Menteri ketika lawatan ke Arab Saudi
baru-baru ini.
15. Di pentas
Asean, kita berjaya membawa pemimpin-pemimpin besar dunia termasuk Amerika
Syarikat, China, Jepun dan India ke Malaysia, yang membuktikan penghormatan
antarabangsa terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi Asean
Malaysia.
16. Pada 4 Februari
lepas, Malaysia menyertai 11 negara lain menandatangani Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik (TPPA), iaitu pakatan perdagangan yang dijangka meluaskan
pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas.
17. Pakatan
perdagangan itu mewakili hampir 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
global bernilai US$30 trilion.
18. Selain
Malaysia, turut menjadi anggota TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile,
Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
19. Tidak syak
lagi, semua usaha-usaha ini mengangkat ekonomi negara ke persada dunia. Kembali
melihat ke dalam negara, pertumbuhan sebenarnya berjaya lantaran perancangan
yang diatur kerajaan, umpamanya menerusi penubuhan koridor-koridor pembangunan,
untuk menyeimbangkan pembangunan antara wilayah.
20. Koridor ekonomi
tersebut termasuk Iskandar Malaysia di Johor Selatan (IRDA); Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER); Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECER); Koridor Pembangunan Sabah (SDC); dan Koridor
Sarawak Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE).
21. Penubuhan
Koridor-Koridor Pertumbuhan Ekonomi ini membuktikan komitmen kerajaan untuk
menggalakkan perdagangan bebas dan perniagaan, bagi memajukan Malaysia.
22. Bagi negeri
Sabah sahaja, koridor-koridor pembangunan itu dibahagikan mengikut sub-sektor
hab yang mana lebih fokus, sekali gus memudahkan pelabur.
23. Melihat unjuran
serta perancangan yang disebutkan, nyata jelas ketahanan, keupayaan dan daya
saing negara, memberi sinar harapan yang cerah, walaupun banyak pihak meragui
dan tidak meyakini, lantaran perang persepsi dan psikologi sudah meresapi dan
menyebati di dalam hati.
24. Kejayaan
ekonomi negara ini bukan tercipta sekelip mata, tapi terhasil daripada
perancangan strategik, yang didokong kecemerlangan dan dedikasi rakyat Malaysia
sendiri, terdiri daripada usahawan dan graduan, korporat dan teknorat, serta ratusan ribu pekerja dalam
industri-industri utama.
25. Selain itu,
faktor kejayaan ekonomi negara juga adalah hasil daripada pengawasan yang
mantap dan berterusan oleh pihak kerajaan, khususnya melalui pelaksanaan
Program Transformasi Ekonomi (ETP), sekali gus menyediakan asas kukuh bagi
negara untuk bersaing. Tepat sekali, kejayaan ekonomi kita bersandar tiang pada
asas sebenar.
26. Menghimbau
jalan-jalan yang sudah dilalui, baik yang lurus mahupun bersimpang-siur, tidak
syak lagi betapa kukuh tempat ekonomi kita bertapak. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010,
sebanyak 10 Rancangan Malaysia dan tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang telah
dilaksanakan. Manakala Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh
tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudian, disusuli Dasar Wawasan Nasional
merentasi tahun 2001 sehingga 2010.
27. Dalam pada itu,
kerajaan telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, ketika
pembentangan Bajet tahun 2010 dahulu,
sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai agenda pembangunan
menyeluruh.
28. Langkah dan
pendekatan yang dibawa oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semenjak
mengambil alih jawatan Perdana Menteri, membawa kepada anjakan besar dalam
melaksana pendekatan serta strategi yang konkrit lagi tuntas.
29. Misalnya,
kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan
pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera
setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira
empat tahun lagi.
30.
Kejayaan-kejayaan yang saya sebutkan ini, hanyalah sebahagian daripada
simbol-simbol kecil yang boleh dilihat dengan mata kasar, tentang keupayaan
pimpinan kita mengemudi bahtera perjuangan.
31. Namun di
sebalik pencapaian tersebut, apa yang membimbangkan dan paling dikesali, adanya
pihak-pihak bertanjak jarum, cuba menyuntik persepsi negatif, semata-mata untuk
menidakkan kepimpinan yang sudah dinamik, demi mencapai cita-cita membina tirai
kebencian, menghalang kelangsungan dan survival negara, dari segi ekonomi dan
politik, mahupun keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
32. Apakah
simbol-simbol kecil itu tidak dapat dilihat, atau kerana sudah hilang
pertimbangan akal, atau dijangkiti `alzheimer politik', sehingga sanggup
berfantasi dan membuat deklarasi, hanya kerana tidak mahu menerima realiti.
33. Perbuatan
mengadakan deklarasi bersekongkol dengan mereka yang pernah menjadi seteru
politik, adalah sesuatu yang memalukan. Apakah mereka ini tidak sabar lagi
menunggu PRU-14?
HARAPAN UNTUK KAWASAN
Tuan Yang Dipertua
34. Pertama soal
jalan raya: Pada setiap kali saya memandu pulang, dari Kota Kinabalu ke
Sipitang, hati sentiasa berasa lapang dan riang, kerana memandu di JALAN RAYA
yang sudah diluluskan untuk dinaik-taraf menjadi LEBUH RAYA, dikenali
Pan-Borneo, iaitu jajaran terpenting di bumi Borneo yang diimpikan sejak sekian
tahun.
35. Ia merupakan salah satu projek pembangunan yang
dijanjikan oleh Barisan Nasional dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum 2013,
meliputi jarak 2,239 kilometer, bakal menghubungkan bandar-bandar utama Sabah dan
Sarawak, dengan anggaran kos sebanyak RM27 bilion.
36. Malah, YAB
Perdana Menteri dalam lawatan ke Sabah pada bulan September tahun lalu, sudah
menyatakan komitmen bahawa fasa pertama pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi
jajaran di Sabah, akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2016. Inilah `janji
yang ditapati' hasil iltizam YAB Perdana Menteri.
37. Berbanding
keadaan jalan yang cuma satu lorong sehala pada masa sekarang, saya
terbayang-bayang, indahnya pemanduan jika sudah dinaik-taraf menjadi lebuh raya
dua atau tiga lorong sehala, seperti lebuh raya Plus, yang lebih awal dinikmati
oleh rakan-rakan dari Utara hingga ke Selatan Semenanjung.
38. Di sebalik
bayangan yang indah-indah itu, tiba-tiba rasa gelisah dan persoalan melanda,
teringatkan laporan bahawa di dalam tiga pakej awal Pan-Borneo yang akan
dilaksanakan, tidak langsung menyebut pelaksanaannya di Sipitang, kawasan yang
saya wakili, sedangkan itulah daerah bersempadan negeri Sarawak, yang
seharusnya menjadi titik pertemuan projek Pan-Borneo.
39. Sebaliknya, apa
yang dinyatakan, tiga pakej awal itu dimulakan di tempat paling jauh dari titik
sempadan, iaitu Jalan Donggongon-Papar Spur, Jalan Tawau ke Semporna dan Jalan
Lahad Datu Bypass.
40. Persoalannya,
kenapa ia tidak dimulakan di daerah Sipitang di mana Sindumin-Merapok Lawas,
juga dikenali sebagai Bandar Sahabat, menjadi titik pertemuan jajaran lebuh
raya tersebut?
41. Sehubungan dengan
itu, kita berharap agar Kementerian Kerjaraya melihat semula pelaksanan
fasa-fasa awal pakej lebuh raya tersebut, untuk menentukan kesesuaian dan
logika, sambil meletakkan keutamaan atas kepentingan ramai.
42. Saya merayu dan
berharap agar antara pakej awal itu dimulakan di Sipitang, bermula di pekan
Sindumin mengunjur sehingga ke daerah Beaufort sejauh kira-kira 65 kilometer,
atas kedudukan daerah kami sebagai pintu masuk utama di sempadan.
43. Lebih penting,
daerah Sipitang kini pesat membangun dengan pelbagai industri berat termasuk
sebagai hab minyak dan gas, yang memerlukan rangkaian jalan raya terbaik, demi
kemudahan kepada para pelabur dan pelancong, tauke-tauke peniaga dan usahawan,
selain untuk kemudahan orang kampung, petani dan nelayan membugar rezeki.
44. Bukankah jelek
dan janggal, pelik dan barangkali kelihatan nakal, jika pemanduan lancar di
sebelah Sarawak, tiba-tiba menjadi jalan
sempit berombak-ombak apabila memasuk jajaran Sabah, bermula di Sindumin?
45. Mewakili suara
orang-orang kampung, kita mohon di Dewan Yang Mulia ini, agar Kementerian
Kerjaraya dapat kiranya melihat semula fasa awal pakej-pakej yang akan
dilaksanakan dalam rantaian Pan-Borneo, khususnya bagi jajaran di negeri Sabah.
46. Seperkara lagi,
dalam isu pembangunan jalan raya ini, kita ingin mengulangi rayuan kepada
kerajaan, agar dapat kiranya ditimbang-timbang, dan ditengok-tengok, cadangan
untuk menaik-taraf Jalan Mendulong-Meligan dan Meligan-Long Pasia, agar diberi
keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) ini, sama ada secara
berpakej, atau apa jua mekanisme yang bersesuaian.
47. Selain itu,
kita mohon juga agar Jalan Mintulud-Bangkalalak, yang pernah saya ketengahkan
di persidangan Dewan ini, untuk diberi pertimbangan bijaksana, kerana jalan
tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi penduduk kampung.
48. Bagi Jalan Karangan-Lumadan, kita berterima kasih
kepada kerajaan kerana mendengar denyut nadi rakyat, yang juga pernah saya
suarakan di Dewan ini, memandangkan pelaksanaannya sudah dianugerahkan kepada
kontraktor untuk dimulakan pelaksanan dalam tempoh tidak lama lagi. Terima
kasih dan syabas kerajaan, biarpun kontraktor tempatan di Sipitang `hanya mampu
membuka mata, dan menjadi penonton setia sahaja' pelaksanaan projek tersebut.
Tuan Yang Dipertua
49. Kedua soal
pendidikan: Menjulang panji pendidikan negara, di atas layar transformasi
kerajaan, wajar sekali diperhebatkan agenda pembangunan pendidikan secara
tuntas, demi untuk memenuhi cita-cita besar negara bangsa, kerana pendidikanlah
pemangkin utama untuk bangsa kita menempuhi angin cabaran yang bertiup kencang.
50. Tertulis jelas
di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 susur laluan
untuk kita, menjadi pedoman untuk setiap tindakan, kerana ia cukup lengkap sifatnya.
51. Menuju ke jalan
itu, kita mengharap agar Kementerian Pendidikan memperkasa usaha pembangunan
modal insan bagi melengkapkan Malaysia dengan aset sumber manusia, bagi
mencapai status negara maju dalam tempoh waktu tidak lama lagi.
52. Pendidikan mempunyai
akar yang pahit, tapi buahnya manis. Apa
yang kita minta mungkin susah dan berat untuk
dipertimbang, tapi tujuannya ikhlas dan niat pun jujur. Sehubungan itu,
kita menyarankan agar bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Sipitang dinaik taraf, memandangkan keadaannya yang begitu memilukan. Hal ini
pernah saya bangkitkan dalam perbahasan di Dewan Yang Mulia ini, dan sehingga
kini masih belum ada tindakan diambil. Ia perlu diberi penekanan dan keutamaan
memandangkan PPD merupakan `tangki besar' yang memainkan peranan ke arah
pembangunan pendidikan secara keseluruhan.
53. Begitu juga dengan Pusat Giat Mara yang sedia ada di Sipitang.
Langkah berwawasan wajar dilaksana, untuk menaik-taraf secara total pusat
tersebut, demi menampung keperluan masa depan, dengan menyusun kursus-kursus
bersesuaian keperluan industri, misalnya kejuruteraan komputer dan bidang
automatif.
54. Disarankan agar Mara melalui agensinya
seperti UniKL membangunkan pusat latihan di Sipitang, bagi menyediakan
keperluan sumber modal insan dalam kalangan anak-anak tempatan, melahirkan
pekerja berkemahiran tinggi, untuk memenuhi keperluan setempat, demi mengelak
penghijrahan keluar belia lokal serta menolak kemasukan pekerja asing.
55.
Hal ini perlu dilihat dengan mata dan hati, kerana ia adalah satu realiti,
berikutan pesatnya Sipitang membangun kini menerusi pengwujudan projek Samur
berbilion ringgit, taman industri Sogip, selain industri kertas dan palpa.
56.
Dalam pada itu, mewakili suara akar-umbi Sipitang, saya ingin sampaikan di Dewan
Yang Mulia ini ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan, khususnya
Kementerian Pendidikan, atas kelulusan projek naik-taraf Sekolah Menengah
Pengiran Omar (SMPO) Sipitang, iaitu sekolah tertua di daerah kami.
57.
Isu kedaifan SMPO ini pernah saya kemukakan beberapa kali di Dewan ini, dan
syukur alhamdulilah, kelulusan telah diberikan, dan kini menunggu sebutharga
pada bila-bila masa saja lagi.
Tuan
Yang Dipertua
58.
Ketiga kemudahan jalur lebar: Dalam mengorak langkah ke alam dunia tanpa pagar,
amat penting agar kemudahan jalur lebar ini diperluas secara agresif, sehingga
ke seluruh pelosok desa, agar tiada lagi segmen komuniti tersisih atau
terpinggir, daripada fenomena gelombang digital ini.
59.
Ini penting untuk menentukan komuniti di kampung-kampung tidak terus tinggal
dalam kepompong sempit `bagai katak bawah tempurung.'
60.
Kita perlu membebaskan mereka, bukan saja daripada bawah `tempurung kelapa'
tetapi juga daripada `bawah tempurung kaca'.
61.
Maksudnya -- katak bawah `tempurung kelapa' langsung tidak dapat melihat dan
tidak dapat menikmati suasana di luar, manakala katak bawah `tempurung kaca'
bermakna, mereka hanya dapat melihat dan sekadar menjadi penonton kemajuan di
luar tapi tidak dapat menikmatinya.
62.
Untuk orang kampung menikmati makna kemajuan itu, dan mengambil kira serangan
digital yang bukan calang-calang sekarang, maka adalah penting bagi kerajaan
meningkatkan kadar penembusan jalur lebar. Dan dalam hal ini, kita meminta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) memperbanyakkan menara pemancar, Kampung Tanpa Wayar dan
Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan seumpamanya.
63.
Bagi kawasan Sipitang, masih banyak kawasan tidak diliputi rangkaian
telekomunikasi, sekali gus menyukarkan penduduk, terutama di kawasan pedalaman,
gunung dan bukit seperti di Long Miau, Meligan, Iburu, Kelangsat dan Solob --
menghala ke sebelah Long Pasia -- yang membabitkan ribuan penduduk.
64.
Selain keperluan membina stesen pemancar di kawasan berkenaan, kemudahan
seperti PI1M dicadang supaya diwujudkan di perkampungan padat penduduk seperti
di Kg Lingkungan, Padas Damit, Sindumin dan Lumadan, sebagai tambahan kepada
dua kemudahan yang ada sekarang di Kg Lubuk dan Lawa, Gadong.
65.
Mendengar keluh-kesah penduduk pula, kerajaan menerusi SKMM perlu melihat
sejauh mana kemudahan internet seperti PI1M ini berfungsi dan memanfaatkan
penduduk. Kita tidak mahu, ia sekadar wujud di kampung, tapi tahap
perkhidmatannya mendukacitakan. Kerana matlamat utama PI1M adalah untuk
menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif.
Sampan
kecil dipukul ribut
Goyang-goyang
tidak seimbang
Banyak
permintaan sudah disebut
Harap
semua dapat ditimbang
PENUTUP
Tuan Yang Dipertua
66. Mewakili
rakan-rakan lain dari Sabah dan Sarawak, kita mengucap syukur dan terima kasih
atas segala usaha dan kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan selama
ini. Dulu dan sekarang, negeri kami sudah banyak berubah wajah, menjadi saksi
akrabnya hubungan pimpinan Kuala Lumpur dengan negeri kami.
67. Melihat helai
demi helai antologi pembangunan yang berlipat-lipat kini, tentunya rakyat di
Sabah dan Sarawak sangat menghargainya, apalagi mengambil kira struktur
topografi dan geografi, kultur
geopolitik dan jalur sosiobudaya kedua-dua negeri ini yang begitu luas, luar biasa dan banyak
kelainan sifatnya.
68. Dengan hakikat
bahawa kedua-dua negeri ini yang begitu besar saiznya, maka tentunya juga
cabaran bertambah besar, dan peruntukan diperlukan juga diharap menjadi lebih
besar lagi.
69. Begitupun, kita
yakin sungguh bahawa Sabah dan Sarawak tidak akan berada di pinggiran lagi,
kerana kita melihat kesungguhan kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara
wilayah, sambil menolak ke tepi-tepi apa juga cabaran-cabaran menghalang
mahupun pancaroba yang cuba-cuba menduga.
70. Senada dengan
ungkapan ini, kita mohon mengharap agar apa yang saya ketengahkan awal-awal
tadi, kiranya jua mendapat perhatian dan pertimbangan, kerana pokok-pangkalnya,
kerajaan sememangnya komited membela nasib rakyat 1Malaysia.
71. Selanjutnya,
bagi mencapai harapan dan impian itu, kami menjunjung kasih titah Tuanku, untuk
bersama-sama pimpinan kerajaan mengharung samudera perjuangan, biarpun berdepan
gelora yang mengganas, di atas bahtera Malaysia, di bawah kemudi satu nahkoda,
Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Sekian,
saya mohon
menyokong
Berita Perbahasan Parlimen P.178 Sipitang
Sapawi bidas pihak
perlekeh kepimpinan Najib
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad membidas perbuatan pihak tertentu menidakkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sambil menyifatkan deklarasi yang dibuat sesuatu yang memalukan.
Berucap membahas usul menyokong Titah Diraja di persidangan Dewan Rakyat kelmarin, beliau berkata Perdana Menteri telah melakukan banyak usaha ke arah memakmurkan negara serta mensejahterakan rakyat.
"Apakah mereka sudah hilang pertimbangan akal, atau dijangkiti `alzheimer politik', sehingga sanggup berfantasi dan membuat deklarasi, hanya kerana tidak mahu menerima realiti.
"Perbuatan mengadakan deklarasi bersekongkol dengan mereka yang pernah menjadi seteru politik, adalah sesuatu yang memalukan," katanya.
Sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri atas keberhasilan agenda pembangunan, khususnya Dasar Trasformasi Kerajaan, Sapawi berkata kejayaan itu tidak semudah dicapai tanpa komitmen tinggi pimpinan kerajaan.
Katanya, Malaysia di bawah pimpinan Najib berjaya mengharungi jalan penuh ranjau di tengah pergolakan dunia yang tidak menentu akibat turun-naik pasaran harga minyak, pasang-surut politik antara wilayah, serta ancaman keselamatan militan dan ekstremis di serata benua.
Beliau berkata ekonomi Malaysia terus berkembang mekar dan berada pada kedudukan teguh dengan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) mencatat peningkatan, bukan pada kedudukaan tercorot seperti persepsi pihak tertentu.
"Malaysia berjaya dan mampu bertahan lantas kekuatan yang ada pada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengemudi layar, yang punya kekuatan tersendiri mengharung cabaran membadai, sehinggakan negara terus diiktiraf dunia dalam pelbagai aspek," katanya.
Menurutnya, di bawah pimpinan Najib, Malaysia disanjung dunia dan ia terbukti menerusi pembentukan Komuniti Asean ketika Malaysia menjadi pengerusi Sidang Kemuncak Asean pada 2015.
"Di pentas Asean, kita berjaya membawa pemimpin besar dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India ke Malaysia, yang membuktikan penghormatan antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri selaku Pengerusi Asean Malaysia.
"Pada 4 Februari lepas, Malaysia menyertai 11 negara lain menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), iaitu pakatan perdagangan yang dijangka meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas," katanya.
Selain Malaysia, turut menjadi anggota TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Sapawi berkata pertumbuhan dala negara terhasil daripada perancangan yang diatur kerajaan, termasuk menerusi penubuhan koridor-koridor pembangunan untuk menyeimbangkan pembangunan antara wilayah.
Koridor ekonomi tersebut termasuk Iskandar Malaysia di Johor Selatan (IRDA); Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER); Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER); Koridor Pembangunan Sabah (SDC); dan Koridor Sarawak Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE).
"Penubuhan Koridor-Koridor Pertumbuhan Ekonomi ini membuktikan komitmen kerajaan untuk menggalakkan perdagangan bebas dan perniagaan, bagi memajukan Malaysia.
"Bagi negeri Sabah sahaja, koridor-koridor pembangunan itu dibahagikan mengikut sub-sektor hab yang mana lebih fokus, sekali gus memudahkan pelabur," katanya.
Secara keseluruhan, katanya, ekonomi Malaysia terus mengukuh walaupun ada pihak meragui dan tidak meyakininya lantaran perang persepsi dan psikologi yang dijaja.
Di sebalik pencapaian itu, kata Sapawi, masih ada pihak tertentu cuba menyuntik persepsi negatif, semata-mata untuk menidakkan kepimpinan yang sudah dinamik.
Katanya, pihak berkenaan cuba membawa gambaran kebencian serta menghalang kelangsungan dan survival negara, termasuk dari segi ekonomi dan politik serta keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
ends

Projek Pan-Borneo
jajaran Sabah wajar bermula di Sipitang
KOTA KINABALU: Kerajaan disaran melihat semula pelaksanaan fasa awal projek lebuh raya Pan-Borneo bagi jajaran Sabah, dengan mengutamakan kawasan titik pertemuan di sempadan Sabah-Sarawak.
Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, berkata projek lebuh raya itu yang meliputi jarak 2,239 kilometer dengan anggaran kos RM27 bilion, amat penting bagi pembangunan di wilayah Borneo.
Sehubungan itu, katanya, projek berkenaan bagi jajaran Sabah wajar dimulakan di daerah Sipitang di mana letaknya Bandar Sahabat, iaitu Sindumin-Merapok, yang menjadi titik pertemuan antara kedua-dua negeri.
"Kita berharap Kementerian Kerjaraya melihat semula pelaksanan fasa-fasa awal pakej lebuh raya tersebut, untuk menentukan kesesuaian dan logika, sambil meletakkan keutamaan atas kepentingan ramai.
"Saya merayu dan berharap agar antara pakej awal itu dimulakan di Sipitang, bermula di pekan Sindumin mengunjur sehingga ke daerah Beaufort sejauh kira-kira 65 kilometer, atas kedudukan daerah kami sebagai pintu masuk utama di sempadan.
"Lebih penting, daerah Sipitang kini pesat membangun dengan pelbagai industri berat termasuk sebagai hab minyak dan gas, yang memerlukan rangkaian jalan raya terbaik, demi kemudahan kepada pelabur dan pelancong, peniaga dan usahawan, selain untuk kemudahan orang kampung, petani dan nelayan," katanya.
Berucap membahas usul menyokong Titah Diraja di Dewan Rakyat, Sapawi berkata ada laporan menyebut bahawa tiga pakej awal projek berkenaan tidak membabitkan daerah Sipitang, sebaliknya di tempat paling jauh dari titik sempadan.
Tiga fasa awal berkenaan dikatakan dilaksana di Jalan Donggongon-Papar Spur, Jalan Tawau ke Semporna dan Jalan Lahad Datu Bypass.
Dalam pada itu, beliau mengulangi rayuan kepada kerajaan agar memberi perhatian serius cadangan menaik-taraf Jalan Mendulong-Meligan dan Meligan-Long Pasia untuk dilaksana sama ada secara berpakej, atau apa jua mekanisme bersesuaian.
Selain itu, beliau memohon agar Jalan Mintulud-Bangkalalak yang pernah disurakan sebelum ini turut diberi pertimbangan kerana jalan tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi penduduk kampung.
Mengenai pembangunan pendidikan, beliau menyarankan agar bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang dinaik taraf, memandangkan keadaannya yang daif pada masa ini.
"Ia perlu diberi penekanan dan keutamaan memandangkan PPD merupakan `tangki besar' yang memainkan peranan ke arah pembangunan pendidikan secara keseluruhan," katanya.
Selain itu, belia meminta supaya Pusat Giat Mara sedia ada di Sipitang dinaik taraf bagi menampung keperluan masa depan dengan menyusun kursus-kursus bersesuaian keperluan industri, misalnya kejuruteraan komputer dan bidang automatif.
Sapawi menyarankan agar Mara melalui agensinya seperti UniKL membangunkan pusat latihan di Sipitang bagi menyediakan keperluan sumber modal insan dalam kalangan anak-anak tempatan.
Mengenai kemudahan jalur lebar, Sapawi meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memperbanyakkan menara pemancar, Kampung Tanpa Wayar dan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan seumpamanya.
Katanya, bagi kawasan Sipitang, masih banyak kawasan tidak diliputi rangkaian telekomunikasi, sekali gus menyukarkan penduduk, terutama di kawasan terpencil seperti Long Miau, Meligan, Iburu, Kelangsat dan Solob.
"Selain keperluan membina stesen pemancar di kawasan berkenaan, kemudahan seperti PI1M dicadang diwujudkan di perkampungan padat penduduk seperti di Kg Lingkungan, Padas Damit, Sindumin dan Lumadan, sebagai tambahan kepada dua kemudahan yang ada sekarang di Kg Lubuk dan Lawa, Gadong," katanya.
Dalam pada itu, Sapawi berkata lebih banyak peruntukan diperlukan untuk membangunkan Sabah dan Sarawak memandangkan keadaan geografi serta topografi kedua-dua negeri berkenaan.
"Dengan hakikat bahawa kedua-dua negeri ini yang begitu besar saiznya, maka tentunya juga cabaran bertambah besar, dan peruntukan diperlukan juga diharap menjadi lebih besar lagi.
"Begitupun, kita yakin sungguh bahawa Sabah dan Sarawak tidak akan berada di pinggiran lagi, kerana kita melihat kesungguhan kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah," katanya.
Sehubungan itu, Sapawi menegaskan pendirian Sabah dam Sarawak berdiri teguh bersama-sama pimpinan kerajaan mengharung samudera perjuangan di atas bahtera Malaysia, di bawah kemudi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Subscribe to:
Posts (Atom)