Sunday, January 3, 2016

Ramah Mesra Bersama Pelajar Tajaan Yayasan Sabah



KOTA KINABALU: Yayasan Sabah akan terus memainkan peranannya dalam
melahirkan modal insan yang memiliki nilai akademik dan sahsiah yang
cemerlang.
    Pengarahnya Datuk Sapawi  Ahmad berkata pelbagai program
telah diperkenalkan oleh Yayasan Sabah di mana pembangunan pendidikan
terus menjadi keutamaan.
  "Yayasan Sabah akan terus melahirkan modal insan yang terbaik dari
masa ke semasa dan pendidikan tetaap menjadi keutamaan," katanya pada
majlis ramah mesra dengan pelajar tingkatan satu Yayasan Sabah di
Adtirum Yayasan Sabah di sini kelmarin.
  Seramai 50 pelajar terlibat dalam program penghantaran ke
Semenanjung dan pertukaran pelajar Sabah dan Sarawak tersebut. Hadir
sama pada majlis itu termasuklah Pengurus Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah Bahiwata Mulia dan Pengurus Kumpulan Kanan Cawangan
Yayasan Sabah Kuala Lumpur, Zaidah Hussien
  Program yang diperkenalkan sejak tahun 1968 itu telah melibatkan
lebih 10 ribu pelajar daripada negeri ini di mana matlamat utama
Yayasan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1967 dengan ilham Allahyarham
Tun Mustapha itu ialah memperkasakan pendidikan di negeri ini.
  Sapawi berkata program tersebut telah banyak melahirkan modal insan
yang mempunyai nilai akademik dan sahsiah yang cemerlang.
  Katanya program itu juga merupakan program integrasi nasional yang
mancapai tahap tertinggi.
  Menerusi program itu, katanya, sudah raamai pelajar Yayasan Sabah
berjaya menjawat jawatan penting dalam penjawat awam serta ada yang
telah menjadi pemimpin negeri.
  "Program seumpama ini mencapai keberkesanan yang membanggakan dan
kita akan memastikannya berterusan di mana pembangunan pendidikan
terus menjadi agenda utama Yayasan Sabah," katanya lagi.



Share |