Tuesday, October 5, 2010

Serah Wang Zakat Kepada 100 Orang Pelajar


SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Marof menyerahkan wang zakat kepada salah seorang pelajar yang layak menerima di majlis tersebut.

BANTUAN…Sapawi menyampaikan replika cek berjumlah RM10 Ribu wang zakat kepada Guru Besar S.K Gadong Marof Jislim di majlis tersebut.

GADONG (Beaufort): Rakyat negara ini wajar bersyukur dengan keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata berkata kestbailan politik yang wujud di negara ini membolehkan keharmonian dan kemakmuran itu terus dinikmati.

“Kestabilan politik yang dapat diwujudkan menerusi pimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membolehkan kita terus menikmati keharmonian dan kemakmuran,” katanya pada majlis penyerahaan wang zakat kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Gadong di sini kelmarin.

Wang zakat itu disumbangkan oleh Pusat Zakat Sabah berjumlah RM10 ribu untuk diagihkan kepada 100 pelajar dan dihadiri oleh Guru Besar S.K Gadong Marof Jislim, Yang Dipertua PIBG S.K Gadong Halim Aziz dan Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah.

Sapawi berkata menerusi kestabilan itulah kerajaan dapat melaksanakan perancangan dalam membantu rakyat khususnya mereka yang dibelenggu kemiskinan.

Menurutnya kestabilan itu wujud daripada persefahaman dan perpaduan antara rakyat yang amat mencintai keharmonian dan kemakmuran.

“Keharmonian dan kemakmuran ini telah kita nikmati sejak dahulu lagi dan ia harus dipertahankan dan terus dinikmati oleh generasi akan dating,” katanya lagi.

Justeru itu katanya rakyat harus tidak mudah diperdaya dengan anasir-anasir yang cuba menggugat persefahaman dan juga perpaduan kaum.

Menurutnya terdapat pihak tertentu berusaha untuk mempengaruhi rakyat dengan menimbulkan isu-isu perkauman.

“Pihak ini perlu diawasi dan kita harus tidak mudah mempercayai dengan apa juga isu yang disebarkan,” katanya lagi.


Share |