TETAP DIINGAT...Ahli politik veteran Haji Salam Tuali dan isterinya Allimah Tering menerima kejutan apabila dikunjungi oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan wakil rakyat Lumadan KamarlinOmbi di Kampung Luagan Saginan Beaufort kelmarin.
Sapawi menghabiskan masa lebih sejam di kediaman Salam, 84, yang merupakan bekas ahli politik pada zaman Usno dan Berjaya. Beliau turut pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan. Isterinya Allimah berusia 81 tahun.
"Jasa orang lama tidak pernah dilupakan dan sentiasa dihargai," katanya lagi.
Hadir sama pada kunjungan tersebut termasuklah Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Ketua Biro Kebajikkan Umno Sipitang Muanam Mujiarto.
Kelihatan Sapawi dan Surinam berbuala mesra dengan Haji Salam dan isterinya Alimah ketika lawatan tersebut.