Pada tahun tersebut Singapura,India dan Indonesia,mencatatkan pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan. Pada tahun 2007 pula, dianggarkan trdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika Syarikat, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman.
Menjadi jutawan ialah idaman semua orang , Namun demikian , pada tahun 2006 dianggarkan Cuma 6% daripada penduduk dunia berupaya mencapai status tersebut. Soalanya , di manakah perginya baki 94% yang lain itu ? Banyak yang beranggapan bahawa Negara , bangsa, kepandaian dan peluang ialah factor utama, namun kepecayaan tersebut tersasar jauh daripada kebenaran.
Faktor utama yang membezakan mereka ialah corak minda. Jutawan didapati mempunyai cara berfikir yang berbeza daripada golongan biasa. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang konsep pemilihan kerjay, pasangan, tempat tinggal , penggunaan masa lapang, pendidikan hinggalah knderaan yang dipandu.
Menurut kajian Dr.Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian IQ yang tinggi , tetapi membawa kepada maksud " berfikir dengan betul ". Fikiran yang betul tentang pemilihan krjaya adalah berasaskan minat dan kebolehan seseorang.
Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan kerana melakukan ssuatu yang di minatinya atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki.
Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain.
Oleh sebab itu , mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi brbanding dengan orang lain. Menurut kajian Dr.Stanley, dua pertiga jutawan telah mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.
Namun demikian, memperolh pndapatan yang lumayan sahaja bukanlah syarat mutlak untuk bergelar jutawan. Mereka harus juga mempunyai fikiran yang betul tentang konsep perbelanjaan. Jutawan percaya , pengurusan kewangan bermula dari rumah. Lebih daripada 80% peratus jutawan memilih pasangan hidup yang lebih konservatif tentang kewangan berbanding dengan mereka , disamping mampu menguruskan perbelanjaan keluarga dengan baik.
Dalam memilih pasangan hidup, mreka memahami perbezaan antara seorang pengurus perbelanjaan dengan seorang yang bakal menjadi sumber perbelanjaan dalam ekonomi rumah tangga.
Lebih daripada 90% peratus jutawan terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan sebahagian besar mereka pula cuma mempunyai SEORANG ISTERI.
Mereka berkongsi falsafah pengurusan yang sama dengan Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu " Tingkatkan Pendapatan dari masa ke semasa, namun kekalkan cara hidup lama ".Menurut satu maklum balas, 80% peratus penduduk Malaysia menghabiskan pendapatan bulanan mereka dalam perbelanjaan isi rumah dan terus meningkatkan perbelanjaan tersebut seandainya berlaku peningkatan pada tahap pendapatan bulanan. Cara ini sangat bertentangan dengan kaedah berfikir GOLONGAN JUTAWAN.
Para jutawan juga tidak mahu memasuki zon yang diistilahkan olh mreka sebagai "Fokus Serangan ". Mereka berfikir bahawa adalah bijak untuk terus kekal di kawasan perumahan yang sedia ada , walaupun mereka mampu memiliki rumah yang lebih mewah , di samping mngelakkan diri daripada sasaran jenayah dan memulakan hutang baru perumahan.
Pada masa yang sama , mreka juga mampu menikmati peningkatan nilai rumah yang sdia ada . Di Amerika, leboh daripada 90% peratus jutawan tinggal di rumah milik sendiri dan kebanyakkan daripada mereka tinggal di rumah yang sama sejak 20 tahun lalu !.
Hampir 50 peratus daripada mereka juga tidak berpindah dan membeli rumah tersebut semasa orang lain sibuk menjualnya. Lebih daripada dua pertiga jutawan bekerja antara 45 hingga 55 jam seminggu. Pada hari bekerja lazimnya mereka bangun seawal jam tiga atau empat pagi.
Mereka tidak mendefinisikan diri mereka "gila bekerja", tetapi sentiasa berusaha memaksimumkan pulangan hasil daripada setiap usaha yang dilakukan.
Jika terdapat kelapangan, mereka lebih suka menghabiskan masa tersebut dengan penasihat percukaian atau pegawai perundangan peribadi.Hal ini membolehkan mreka mengkaji kaedah terbaik untuk meminimumkan kadar pembayaran cukai dan mengenal pasti ruang yang boleh diperbaiki dalam perniagaan , agar mereka tidak terdedah kepada tindakkan undang-undang dari mana-mana pihak di kemudian hari.
Masa lapang bersama keluarga pula lazimnya dihabiskan dengan mengunjungi sahabat handai dan saudara mara atau melawat ke lokasi awam seperti muzium,zoo dan taman prmainan. Semua aktiviti ini dipilih kerana menelan belanja yang minimum, di samping mampu merapatkan hubungan.
Mereka juga menjauhi kasino, kelab-kelab elit dan tempat yang seumpamanya kerana menelan belanja besar.Secara purata , mereka bercuti dua tahun sekali ke luar negara.
Kebanyakkan jutawan hidup di bawah tahap pndapatan mereka dan melabur kembali 15 hingga 20 peratus daripada jumlah hasil pendapatan tahunan yang diperolehi.
Mereka tidak menggunakan lebihan pndapatan untuk membeli barangan berjenama mewah khususnya kenderaan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang memandu kenderaan import model terkini, kebanyakkan yang lain cuma menggunakan model tempatan yang telah berusia lebih daripada 10 tahun.
Menurut cara berfikir salah seorang daripada 10 orang terkaya di Malaysia Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari, kenderaan cumalah satu medium untuk mmbawa seseorang bergerak dari titik A ke B dan beliau cuma memandu kereta perdana V6, sedangkan jumlah kekayaannya dianggarkan berjumlah lebih daripada RM4.29 bilion.
Namun begitu, kebanyakkan orang beranggapan seorang jutawan ialah orang yang memandu kereta import model terbahru, tinggal di kawasan perumahan mewah, memilih jelitawan atau selebriti sebagai pasangan dan kerap bercuti ke luar negara.
Walau bagaimanapun hal itu semua bukanlah ukuran utlak bagi menentukan seseorang berstatus jutawan atau tidak. Jutawan dalam takrif sebenar ialah apabila semua aset seseorang ditolak dngan semua jumlah liabilitinya dan jika masih berbaki sejuta ringgit atau lebih, maka barulah beliau layak bergelar jutawan.
Kebanyakkan jutawan mampu meneruskan cara hidup mereka untuk tempoh 10 hingga 12 tahun walaupun memilih untuk tidak bekerja.
Sembilan puluh empat peratus ( 94%) penduduk dunia tidak menjadi jutawan kerana mereka telah menyalahtafsirkan takrif sebenar jutawan dan dengan hal itu mereka gagal untuk BERFIKIR SPERTI SEORANG JUTAWAN.
www.facebook.com/videobelajarteknikforex