Thursday, February 9, 2012

Bayi Paling Berat Di China Sejak Tahun 1949


















BEIJING: Seorang wanita melahirkan anak luar biasa dengan berat lebih dua kali ganda berbanding bayi normal.

Chun Chun didakwa seberat 7.04 kilogram apabila dia lahir di wilayah Henan pada Sabtu lalu.


Media semalam melaporkan, dengan keadaan itu Chun Chun mencatat rekod sebagai bayi paling berat di China.

Ibu Chun Chun yang berusia 29 tahun bersalin tidak lama selepas masyarakat Cina menyambut tahun baru pada 23 Januari lalu.


Bapa Chun Chun, Han Jingang, berkata sesuai dengan kedatangan Tahun Naga, dia gembira dengan kedatangan anaknya.


“Bagi masyarakat Cina, Tahun Naga dianggap masa terbaik untuk memiliki anak,” katanya.

Han berkata, tiada sebarang perbezaan berlaku kepada isterinya sebelum ini.


Katanya, wanita itu makan dan minum seperti biasa, tetapi terkejut apabila Chun Chun lahir dengan keadaan fizikal lebih besar daripada biasa.

“Bagaimanapun, saya tetap gembira,” katanya.

Share |