Friday, February 17, 2012

Petronas Komited Labur RM45 Bilion Dalam Projek Huluan Dan Hiliran Sabah





SIPITANG (Sabah), 16 Feb (Bernama) -- Petronas komited melabur sekitar RM45 bilion di dalam industri huluan dan hiliran di Sabah berikutan penemuan medan gas asli yang baharu ditemui di luar pesisir negeri di bawah bayu itu.

Bermula dengan salah satu inisiatif hilirannya, Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR), Petronas menerusi Petronas Chemicals Group (PCG) melabur kira-kira RM4.5 bilion untuk menambah nilai sumber hidrokarbon dari medan gas asli yang baharu ditemui di luar pesisir Sabah hasil kegiatan huluan yang dijalankan bersama-sama rakan perkongsian pengeluarannya.

"Penemuan-penemuan ini membolehkan Petronas merancang dan melaksanakan beberapa projek hiliran lain di Sabah dan kesemua kegiatan huluan dan hiliran ini melibatkan pelaburan bernilai lebih RM45 bilion," kata Pengerusi PCG Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin semasa berucap pada majlis pecah tanah Projek SAMUR di sini pada Khamis.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

-- BERNAMA






Share |