Friday, February 10, 2012

Restoran Hidang Pelacur China


TAHAN...sebahagian wanita warga China dibawa keluar dari restoran di Jenjarom, Banting, malam kelmarin.



Rahsia sebuah restoran makanan laut terpencil di Jenjarom, di sini, yang dikunjungi orang ramai terbongkar apabila didapati turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China sebagai pelaris untuk mengejar keuntungan.

Pelanggan termasuk yang datang dari ibu negara dan Petaling Jaya dikatakan sanggup meredah jalan tanah merah dikelilingi ladang kelapa sawit sejauh lebih 500 meter dari jalan utama semata-mata untuk menikmati khidmat ‘pelayan rimba’ di restoran berkenaan.

Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu itu terbongkar selepas polis menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan dalam Ops Noda, malam kelmarin.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, semua wanita warga China yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, seorang wanita warga tempatan yang turut ditahan dalam serbuan itu bertugas sebagai juruwang.

Sumber


Share |