Friday, March 16, 2012

Centre Point Sabah Berwajah Baru





KOTA KINABALU : Bangunan Centre Point kini bakal menjadi ‘role model’ dan tumpuan pengunjung luar mahupun dalam negara apabila ia diubah suai dengan rekabentuknya lebih kepada pencahayaan jenis LED seperti bangunan-bangunan di bandar Taiwan.

Menurut Pengarah Urusan Centre Point Sabah, Andrew Chang Chi Ming, kerja mengubah suai dan menaiktaraf itu dijangka mengambil masa empat bulan, sekali gus menampilkan rekabentuk menarik dengan suasana mesra alam.

Centre Point Sabah dibuka secara rasminya pada tahun 1990 dan telah menjadi pusat membeli belah sebahagian masyarakat di Bandaraya Kota Kinabalu (KK) kira-kira 22 tahun.

“Kami kini mengambil inisiatif untuk memperbaiki dan menaiktaraf fizikal dan memperindahkan bangunan CPS untuk bergerak ke hadapan dengan rakyat bandaraya KK selama 20 tahun lebih awal.

“Kerja-kerja pembinaan untuk membaik pulih CPS akan bermula tidak lama lagi dan ia dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan untuk melengkapkan yang akan meliputi bahagian luaran dan dalaman,” katanya.

Penampilan bahagian luaran CPS akan kelihatan berbeza pada waktu siang dan malam kerana terdapat papan tanda dan iklan yang berwarna-warni bakal menceriakan Bandaraya KK.

Persekitaran luar kompleks akan dihiasi dengan pokok-pokok hijau yang mencerminkan bandaraya mesra alam.

Dalam pada itu, pengunaan lampu jenis LED mampu memberikan penjimatan elektrik di samping dapat digunakan dalam tempoh yang panjang.

Luaran kompleks akan digunakan jeriji aluminium dan kayu-kayuan memandangkan bahan itu adalah produk mesra alam seperti yang digunakan di kebanyakan bangunan di Taiwan.

Sementara itu, pihak CPS akan menyediakan tandas untuk orang kelainan upaya (OKU) sebagai memulakan pendekatan penyayang kepada masyarakat.

“Sensor automatik curahan tandas akan digunakan bagi menjimatkan penggunaan air di samping menyediakan tandas yang bersih dan selesa untuk pelanggan-pelanggan yang mengunjungi kompleks ini.

“Ruang makan yang terdapat di tingkat bawah kompleks CPS akan ditukar kepada pencahayaan yang baik dan selesa, manakala meja serta kerusi akan diganti untuk menyediakan suasana yang luas.

“Untuk mengelakkan ganggguan kepada penyewa dan pelanggan, CPS akan mengekalkan waktu operasi dalam tempoh membaik pulih dan akan memastikan langkah-langkah keselamatan yang ketat di sekitar kawasan naiktaraf.

by KENNEDDY CORLLEUS,
March 16, 2012, Friday
Share |