BANTUAN…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.
SIPITANG: Kerajaan tidak akan mengabaikan kemajuan dan pembangunan generasi muda negara ini, kata Datuk Sapawi Ahmad.
Ahli Parlimen Sipitang itu berkata ia termasuklah usaha membentuk jati diri di kalangan generasi muda dan dilaksanakan menerusi perancangan yang berterusan serta mengikut peredaran masa.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan yang terbaik untuk generasi muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu usaha yang direncanakan oleh kerajaan bagi membina jati diri generasi muda,” katanya pada perasmian program khidmat komuniti PLKN Kem Mesapol di Kampung Kaban di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Komendan Kem PLKN Mesapol Sipitang Mejar Fadzil Ngadiman, Timbalan Pengarah Penarngan Sabah Yunus Saprin, Timbalan pengarah SKMM Jusli Elias dan Ketua Kampung Kaban Kaling Salutan rerta 430 PLKN turut serta dalam program tersebut.
Sapawi memberitahu menerusi program itu generasi muda bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi membentuk jati diri tetapi juga didedahkan serta diperjelaskan mengenai dasar dan juga perancangan kerajaan.
Katanya penyertaan generasi muda dengan PLKN sememangnya berbaloi kerana ianya telah terbukti membantu membentuk jati diri mereka.
Menurutnya program itu juga membantu mempersiapkan dan memperlengkapkan generasi muda bagi menghadapi cabaran masa depan yang pastinya getir dan mencabar.
Beliau memberitahu negara memerlukan generasi muda yang lengkap dan sentiasa bersedia bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan negara berterusan.
“PLKN bukan program yang sia-sia sebaliknya ia memberikan manfaat berguna kepada generasi muda,” katanya lagi.
Sapawi memberitahu dengan adanya program PLKN ianya turut dapat membentuk fikiran positif kepada generasi muda bagi memikirkan serta membuat keputusann yang tepat.
“Kita tidak mahu generasi muda negara ini dipergunakan dan diperbodohkan oleh pihak-pihak tertentu yang bersifat untuk kepentingan diri,” katanya.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.354895607884238.85793.126829890690812&type=1
http://busuk.org/ping/view/123634