CERIA…Pimpinan BN Zon 3 bersama Masidi sedang menyanyikan lagu 1 Malaysia di majlis perasmian tersebut.
JELAS…Ketua Umno Bahagian Tawau merangkap Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq Datuk Abu bakar Titingan menyampaikan ceramah pada majlis tersebut.
SOKONGAN PADU…Sebahagian pimpinan BN Zon 3 bersama kakitangan kerajaan, NGO dan orang ramai yang hadir di majlis tersebut.
MANTAP…Masidi bersama Ketua Biro Penerangan Dan Publisiti BN Malaysia merangkap Timbalan Menteri Dijabatan Perdana Menteri datuk Ahmad Maslan dan Pimpinan Umno dan BN Zon 3 merakamkan kenangan di majlis tersebut.
TEKUN…Sebahagian hadirin yang hadir di majlis tersebut.
BEAUFORT: Perjuangan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kemakmuraan dan keharmonian terus dinikmati oleh rakyat tidak bersifat sementara.
Sebaliknya perjuangan itu adalah berterusan meskipun Sabah telah dianggap sebagai `simpanan tetap’ BN, kata Ketua Biro Penerangan dan Publisiti BN Sabah Datuk Sapawi Ahmad.
“Perjuangan yang kita lakukan itu termasuklah memastikan rakyat tidak dipergunakan dan tidak diperbodoh-bodohkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya pada majlis penerangan perdana BN Zon Tiga yang melibatkan parlimen Sipitang, Papar, Kimanis dan Beaufort menjadi tuan rumah di sini kelmarin.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Masidi Manjun yang mewakili Pengerusi BN Sabah Merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Sapawi berkata dalam memastikan perjuangan itu berterusan, rakyat terus didekati oleh semua anggota parti pada semua peringkat.
Beliau berkata cara mendekati rakyat adalah peluang dan ruang terbaik kepada BN bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
“Kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira kaum dan anutan agama,” katanya dan menambah meskipun BN Sabah ddisifatkan sebagai `simpanan tetap’ namun ia bukanlah bermakna bahawa perjuangan BN Sabah tidak mempunyai kesungguhan atau kerseriusan.
Katanya perjuangan BN Sabah untuk rakyat negeri ini akan berterusan dari masa ke semasa dan rakyat tetap diutamakan.
Menurutnya perjuangan BN juga adalah ikhlas dan bukannya perjuangan untuk kepentingan individu.
“Rakyat adalah keutamaan kepada BN dan kerana itu kita terus mendekati rakyat bagi memastikan mereka tidak terpedaya dengan dakyah pihak-pihak tertentu…kita tidak mahu rakyat dipergunakan dan diperboidohkan,” katanya lagi.
Selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya, serta Datuk Seri Musa Aman pada peringkat negeri, perjuangan BN tidak akan bersikap sementara.
“Keikhlasan dan kejujuran menjadi tunjang perjuangan BN di mana rakyat menjadi keutamaan,” katanya lagi.