Tuesday, March 20, 2012

Nasyid KRT Beaufort




TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Pegawai Perpaduan dan Intigerasi Beaufort Awang Anak Abdul sani dan Pengerusi Penganjur Mat Silin Matini menyampaikan hadiah kepada Pengurus Kumpulan Nasyid KRT Kg kukut yang muncul Johan di majlis tersebut.

PADAS DAMIT (Beaufort): Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional tidak akan tergugat meskipun kemunculan parti-parti baru sejak akhir-akhir ini.

Ketua Biro Penerangan dan Publisiti BN Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata adalah menjadi perkara biasa kemunculan parti-parti baru itu menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Ia bagai satu budaya di negeri ini di mana setiap kali menjelang pilihan raya akan muncul parti-parti baru…kita merasa rakyat masih kuat menyokong BN,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pertandingan nasyid Rukun Tetangga peringkat daerah Beaufort di sini kelmarin.

Katanya kemunculan parti-parti baru itu disifatkan sebagai salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh BN.

Meskipun kemunculan parti baru itu, katanya, tidak begitu menggugat kepercayaan dan keyakinan rakyat, namun BN tetap meletakkannya sebagai cabaran yang perlu dihadapi.

“Kita memang telah bersedia untuk menghadapi apa juga cabaran termasuklah kemunculan parti-parti baru ini…kita tidak bersikap angkuh kerana parti baru itu sudah pasti tampil dengan mengemukakan pelbagai isu.

“Kita yakin isu-isu yang ditampilkan itu sama seperti dakyah atau fitnah yang dilemparkan oleh parti pembangkang yang sedia ada dan ini perlu kita perjelaskan kepada rakyat,” katanya lagi.

Sapawi berkata perjuangan BN adalah untuk memastikan rakyat tidak terpedaya sehingga dipergunakan dan diperbodoh-bodohkan.

Menurutnya semua jentera BN termasuklah pada peringkat akar umbi terus bergerak bagi memberikan penerangan dan juga penjelasan.

Katanya BN sendiri akan terus melaksanakan program untuk kepentingan dan keperluan rakyat.

Di majlis itu kumpulan nasyid KRT Kampung Kukut telah diumunkan sebagai johan pertandingan nasyid KRT peringkat Beaufort manakala KRT Kampung Lupak dan KRT Kampung Bintuka masing-masing mendapat tempat kdua dan ketiga.



Share |