Thursday, March 8, 2012

Pemuda Obes Jadi Popular Di YouTube










LIVERMORE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemuda obes, Robert Gibbs menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam satu rakaman video.

Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badan.

Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu.

Pihak penerbit program bual bicara popular AS, Dr. Phil Show kemudian bersetuju melawat Gibbs di kediamannya di sini selepas rakaman video tersebut disiarkan.

Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program bual bicara itu dalam rakaman videonya yang telah ditonton lebih sejuta kali.

Setakat ini, dia mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.

Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain memberi galakan kepadanya.

Pada hari ini, seorang kru program televisyen berkenaan dijadualkan berkunjung ke kediaman Gibbs untuk membuat liputan.

Dalam video YouTube yang dirakamkan sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci bentuk bantuan yang diperlukannya.

Dia berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang kaedah untuk menurunkan berat badannya.

"Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain," kata Gibbs dalam rakaman itu.

"Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan," tambahnya.

Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272 kilogram (kg) dan 317kg. - AP
Share |