Sunday, July 8, 2012

Pembukaan Rasmi Maybank Cawangan Beaufort

DERMA…Sapawi diperhatikan oleh Liew menyampaikan derma kepada sebahagian anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort.
MERIA…Sebahagian kakitangan kerajaan dan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.
MANTAP…Sapawi dan Liew bersama pegawai-pegawai kanan Maybank merakamkan kenangan di majlis tersebut.
RASMI…Sapawi bersama Pengurus Wilayah Sabah/ Labuan Maybank Berhad Liew Kui Choi (kiri) memotong riben tanda pembukaan rasmi Maybank Beaufort.

KEJUTAN…Sapawi menerima kad debit Maybank baru berlatarkan pasukan Michestar United daripada Pengurus Wilayah Maybank Sabah/Labuan Liew Kui Choi

BEAUFORT: Pembangunan dan kemajuan ekonomi negara semakin berkembang dan ia tidak harus menghadirkan rasa ragu kepada rakyat.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata negara yang diterajui oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa memastikan kemajuan dan pembangunan ekonomi negara terus ditingkatkan.

“Peningkatan ekonomi negara sudah tentu memberi kesan positif kepada rakyat…negara akan terus makmur dan harmoni, inilah yang akan dinikmati oleh rakyat,” katanya pada perasmian cawangan MayBank di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengurus Wilayah Sabah Maybank Berhad Liew Kui Choi, Pengurus Bersama Perbankan Korporat Maybank Sabah Ahmad Rizal Datuk Dahli, Pengurus Maybank Beaufort Fong Tze Man, Pengurus Bank Rakyat Beaufort faizal Salleh, Pengurus Tabung Haji Beaufort Sharulnizam Abu Bakar dan Pengurus Agro Bank Beaufort Nafazila Bin Mad Sahar.

Sapawi berkata rakyat tidak perlu merasa gusar, bimbang atau ragu-ragu kerana barisan kepimpinan Kerajaan BN adalah komited terhadap kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.

Katanya pembangunan dan kemajuan ekonomi yang diberi tumpuan itu adalah menyeluruh dan bukannya hanya untuk sesetengah pihak.

Menurutnya usaha untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang maju dan membangun akan terus dilakukan.

“Kita sedar jika ekonomi negara maju dan membangun, nikmatinya akan dirasai oleh rakyat dan inilah yang kita lakukan.

“Usah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah,” katanya lagi.

Sapawi berkata penubuhan cawangan Maybank Beaufort adalah ke-20 di Sabah dan merupakan cawangan Maybank yang ke-395 di negara ini adalah contoh jelas bahawa ekonomi negara terus maju dan membangun.

Katanya tidak mungkin mana-mana bank mahu membuka cawangannya jika ekonomi negara tidak berkembang maju.

“Pembukaan cawangan ini bukan sekadar untuk memenuhi keperluan rakyat tetapi ia juga sebagai bukti jelas bahawa ekonomi negara maju dan membangun selain merangsang pertumbuhan pembangunan dan ekonomi di parlimen Sipitang di mana kita sedia maklum akan membuka peluang perniagaan berkaitan petroleum ,” katanya lagi.

Beliau berkata penubuhan cawangan bank itu sudah tentu menambahkan lagi kemudahan untuk rakyat selain mewujudkan persekitaran ekonomi dan pelaburan yang kondusif.

Katanya sebelum ini rakyat yang mahu berurusan dengan bank tersebut perlu ke Kota Kinabalu dan Sipitang“tetapi sekarang segala urusan boleh dilaksanakan di sini…inilah salah satu bukti bahawa kepentingan dan keperluan rakyat diutamakan.”

Di majlis itu juga Maybank telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbangkan derma RM1,000 kepada rumah anak yatim Al-Aman.

a)


Share |