Friday, August 17, 2012

Rumah Terbuka Adilfitri Umno/BN Sipitang Hari Raya Kedua



CERIA…Sapawi bersama Kamarlin dan Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam sadikun serta AJK Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Sipitang merakamkan kenangan di majlis tersebut.

BEAUFORT: Orang ramai dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah terbuka Aidilfitri Umno dan Barisan Nasional (BN) Sipiitang pada hari kedua perayaan tersebut di Dewan Serbaguna Sipitang.

Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata majlis rumah terbuka itu akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

“Kami menjemput orang ramai untuk hadir bagi sama-sama menyambut dan memeriahkan perayaan Aidilfitri,” katanya pada majlsi berbuka puasa bersama Umno bahagian Sipitang di sini kelmarin.

Menurutnya majlis itu antara lainya bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang ramai bagi menyambut dan meraikan Aidilfitri dengan barisan kepimpinan Umno dan BN negeri ini.

Katanya sambutan itu juga untuk memperkukuhkan silaturrahim yang sedia ada selain untuk bersama-sama rakyat meraikan Aidilfitri.

Sapawi juga memberitahu bahawa sambutan yang sama akan turut diadakan di Pekan Weston, Beaufort pada 2 September.

Katanya masa sambutan itu juga adalah dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sementara itu Timbalan Ketua Umno Bahagian Sipitang Kamarlin Ombi turut menjemput orang ramai bagi menghadiri majlis rumah terbukanya pada hari keempat Aidilfitri.

Majlis rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan itu diadakan di perkaramgan rumah beliau di kampung Lupak, beaufort dan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang

“Orang ramai adalah dijemput ke majlis rumah terbuka itu,” kata Kamarlin dan berharap sambutan Aidilfitri akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada.
Share |