Monday, November 19, 2012
Team Fustal Lelaki dan Wanita Parlimen Sipitang.
FUTSAL...Dua pasukan futsal Parlimen
Sipitang yang beraksi pada pertandingan Futsal antara parlimen-parlimen peringkat
kebangsaan pada 15-19 November ini di Kuala Lumpur diraikan oleh Ahli Parlimen
Sipitang Datuk Sapawi Ahmad di Rumah Rehat Sipitang kelmarin.
Selain
memberikan kata-kata semangat, Sapawi turut melontarkan ingatan agar kesemua
pemain daripada kedua-dua pasukan, lelaki dan wanita beraksi cemerlang dan
turut menjaga nama baik Sabah serta Sipitang.
CERIA…Sapawi
diperhatikan oleh pengurus pasukan Ramli Awang said (kiri) menyampaikan jersi
kepada ketua pasukan Futsal lelaki Parlimen Sipitang Rosli Awang Damit di
majlis tersebut.
MANTAP…Sapawi merakamkan
kenangan bersama pengurus pasukan Ramli Awang Said (dua dari kanan) dan
Timbalannya Suhaili Matusin (dua dari kiri) dengan kedua-dua pasukan tersebut.