Sunday, August 5, 2007

Sapawi-Usaha Gagal Festival Gasing n Tamu Besar Sipitang


MESRA...Sapawi diiringi Presiden Persatuan Kedayan Sabah Osman Ahmed bersalam dengan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.




SIPITANG: Ada pihak cuba menggagalkan Festival Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang pada 3-5 Ogos ini.

Pendedahan itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk GATA Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada pertandingan akhir Kulintangan Sadaman di Dewan Serbaguna di sini kelmarin.
Sapawi yang juga Pembantu Menteri Kewangan berkata ada usaha untuk menggagalkan sambutan itu.

Ada usaha untuk menggagalkan permainan gasing dan Kulintangan Sadaman pada Gata,” katanya.

Sambil melahirkan rasa sedih, beliau berkata penganjuran Gata adalah bertujuan mengangkat martabat kesenian dan kebudayaan suku kaum rakyat Sipitang.

Katanya usaha yang dilakukan bukan untuk kepentingan diri “tetapi untuk kepentingan suku kaum di daerah sini secara menyeluruh.”

Beliau berkata Kulintangan Sadaman mempunyai potensi untuk dipertonjolkan bukan sahaja pada peringkat daerah atau negeri tetapi juga pada peringkat kebangsaan.

Kulintangan Sadaman merupakan kesenian dan kebudayaan yang mampu dijadikan sebagai produk pelancongan dan ini memberi manfaat kepada kaum Kedayan sendiri,” katanya.

Kulintangan Sadaman merupakan salah satu kesenian dan kebudayaan suku kaum Kedayan yang dipilih untuk menjadi salah satu acara tumpuan pada sambutan Gata nanti dengan persembahan yang melibatkan peserta terbesar.

Seramai lebih 100 orang akan memainkan irama muzik menerusi Kulintangan Sadaman. Kulintangan ini secara keseluruhannya diperbuat daripada kayu.

Sehubungan dengan itu Sapawi melahirkan harapan agar tiada suku kaum Kedayan yang terpengaruh dengan pihak pembangkang yang cuba mempergunakan mereka dengan mendesak mereka membuat halangan bagi menggagalkan persembahan itu pada sambutan Gata sendiri.

Persembahan Kulintangan Sadaman dan permainan gasing pada Gata nanti bukan hanya ditonton oleh rakyat negeri ini tetapi juga rakyat dari negara luar…janganlah kita menjadikan kesenian dan kebudayaan itu sebagai bahan politik,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Persiden Persatuan Kedayan Sabah Osman Ahmed, Timbalan Presiden Persatuan Kedayan Sabah Sabli Bagol, Pegawai Pembngunan Masyarakat Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh dan Pengerusi Penganjur Arif Ismail

Sebanyak lima pasukan layak ke peringkat akhir iaitu Zon Pantai-Kumpulan Seri Banting, Zon Sindumin-Kumpulan Seri Kandi, Zon Ulu Sipitang-Kumpulan Seri Kenangan, Zon Pantai-Kumpulan Rajawali dan Zon Pelakat-Kumpulan Cenderawasih

Keputusan bagi Kategori gubahan lagu moden di menangi oleh Kumpulan Tradisonal Remaja, bagi kategori Pemukul Lagu Tradisi di menangi oleh Kumpulan Padi dan Kategori Keritiviti Peralatan di menangi oleh kumpulan Seri Layang

Pertandingan Akhir kulintangan di menangi oleh Zon Sindumin-Kumpulan Seri Kandi manakala Zon Pantai-Kumpulan Rajawali dan Zon Ulu Sipitang-Kumpulan Seri Kenangan masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Share |