Sunday, August 5, 2007

Sapawi-Lawat Rumah terbengkalai

Kelihatan dalam gambar Sapawi melihat keadaan rumah Delinah yang terbengkalai selepas suaminya meninggal dunia.


PRIHATIN…Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad yang juga wakil rakyat Sindumin sempat meluangkan masa untuk berkunjung ke kediaman Delinah Balang @ Fatimah di Kampung Long Kinangan, Sipitang kelmarin.

Lawatan itu dilakukan selepas Sapawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sipitang menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dan merasmikan jentera pilihan raya Upko Sipitang.

Kunjungan itu dibuat selepas Sapawi menerima permohonan daripada Delinah, bagi membantu menyiapkan rumahnya yang tergendala selepas suaminya meninggal dunia.

"Kita akan menghulurkan bantuan," kata Sapawi yang turut ditemani oleh Ketua Upko Sipitang Goven Jablee Lasong, Setiausaha Upko Sipitang Thaba Libang dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh.


Share |