Tuesday, October 7, 2008

Sapawi-Raya di Lumadan,Beaufort

MERIAH…Sapawi dipehatikan Kamarlin dan Ahmad sedang menyampaikan ucapan sempena majlsi rumah terbuka tersebut.

BEAUFORT: PENDUDUK di kawasan Lumadan tetap berpeluang untuk meraikan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama pemimpin apabila Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Adun Lumadan Kamarlin Ombi dan Adun Sindumin Ahmad Bujang bersama Umno Sipitang mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri di dewan Kampung Lumadan, Beaufort.


Majlis itu bukan sekadar memberi peluang tetapi turut mencipta ruang kepada penduduk di kawasan terbabit khususnya pada peringkat akar umbi untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dengan pemimpin dan ternyata peluang serta ruang itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya apabila lebih 3,000 ribu orang hadir memeriahkan majlis tersebut.


Meskipun budaya mengadakan majlis rumah terbuka di kalangan pemimpin bagai sudah menjadi amalan, namun kehadiran itu yang tidak hanya dari kalangan umat Islam nyata membanggakan. Sapawi sendiri menyifatkan kehadiran ramai dari pelbagai suku kaum dan agama merupakan keunikkan dan keistimewaan yang dimiliki oleh rakyat negara ini.


“Inih bukti betapa kita hidup dengan harmoni. Tiada sebarang kegusaran atau kebimbangan untuk menyambut sebarang perayaan.


“Aidilfitri misalnya merupakan perayaan kepada umat Islam tetapi turut dimeriahkan dan diserikan oleh mereka yang bukan beragama Islam,” katanya dan menyifatkan suasana harmoni menyambut perayaan hadir kerana rakyat negara ini utamakan perpaduan dan persefahaman.


Beliau memberitahu hasil dari persefahaman dan perpaduan itu, wujud rasa hormat-menghormati antara satu sama lain termasuklah rasa hormat terhadap perayaan.


Hadir sama pada majlis itu termasuklah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Lajim Ukin, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Srinam Sadikun dan Setiausaha Umno Sipitang Awang Rakawi Awang Said dan AJK Umo Sipitang serta pimpinan parti kompenen BN.

Share |