Thursday, June 11, 2009

Juruperunding Tempatan Dilantik SLDB:Sapawi











TAWAU : Juruperunding tempatan peringkat ladang dan kilang akan dilantik bagi memastikan sistem operasi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) tidak terjejas akibat kelembaban ekonomi global.

Pengerusinya Datuk Sapawi Ahmad berkata SLDB juga akan melaksanakan sistem pengurusan kewangan bagi menghadapi kelembaban ekonomi global.


“Ini adalah salah satu perancangan awal SLDB khususnya sector pertanian yang diushakan tidak terjejas,” katanya pada majlis malam mesra ria sempena sukan SLDB di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengurus Besar SLDB Jhuvarri Majid, Ketua Pegawai Operasi SLDB Jilis Ismail dan Ahli Lembaga Pengarah SLDB Datuk Bernad Marat, Kamil Kassim dan Rosdianah Mohd Noor, Sapawi berkata, kedua-dua pendekatan itu dihat satu strategi berkesan dalam jangka masa panjang sekali gus mengekalkan prestasi cemerlang SLDB di negeri ini.


Secara umum mengetahui, eksport bahan-bahan utama SLDB ke beberapa negara luar termasuk Negara Jepun, China dan Eropah akan sentiasa berjalan lancar selepas kedua-dua pendekatan itu dilaksanakan.


Dalam tempoh yang sama Sapawi berkata, SLDB kini sudah memperoleh pengiktirafan standrad piawaian MS ISO 9001: 2000 sekali gus memperlihatkan fokus kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan akan tercapai menjelang 2012.


Sementara itu, penganjuran sukan kali pertama ini mampu merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan pengurusan sehingga peringkat pekerja bawahan.

Beliau menambah, SLDB merancang untuk menjadikan sukan ini acara tahunan sebagai flatform bagi melahirkan generasi sihat dan cemerlang di masa depan.
Kita bukan hanya mahu melihat SLDB sebagai salah sebuah agensi kerajaan negeri yang berjaya
dalam bidang ekomoninya namun kesihatan dan stress dalam menjayakan perlu diutamakan dengan bersukan.-Oleh DZUL MOHD KASSIM.
MESRA...Sapawi diringi oleh Jhuvarri dan Ahli Lembaga SLDB Datuk Benard Marat bersalaman dengan sebahagian kakitangan SLDB yang hadir di majlis tersebut.
TAHNIAH...Pengurus Besar SLDB Jhuvarri Majid (kanan) menyampaikan penghargaan pencapaian estet terbaik kepada wakil estat kandang besar Keningau.
SANDARAN...Wajah-wajah ceria kakitangan SLDB daripada ibu pejabat yang hadir di majlis tersebut.
BERTUAH...Sapawi mencabut tiket bertuah ketika majlis makan tersebut
Share |